Sorting by

×

NAHAS KM 204: RIM TAYAR LORI ‘HILANG’ DITEMUI DI TANGKAK

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat

ALOR GAJAH 5 November – Komponen rim dipercayai milik lori yang tayarnya tercabut dan menjadi punca nahas di Kilometer 204 Lebuhraya Utara Selatan Arah Utara, 23 Disember lalu sudah ditemui semalam.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Ashari Abu Samah berkata, komponen rim itu ditemui di sebuah pusat pelupusan sampah di Jalan Solok, Tangkak selepas usaha mengesan dilakukan pihaknya sejak beberapa hari lalu.

Menurut beliau, penemuan tersebut selepas Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Alor Gajah mendapatkan keterangan Projek Penyelenggaraan Lebuhraya Berhad (Propel), selain pemandu lori Roll On Roll Off yang membawa sampah dan sisa nahas kemalangan tersebut.

“Komponen rim tersebut telah diserahkan oleh pihak sub kontraktor Propel kepada pihak polis dan satu laporan rampasan telah dibuat.

“Komponen rim itu akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk siasatan lanjut,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan tayar milik sebuah lori yang tercabut dan dipercayai menjadi punca kemalangan maut di Kilometer 204 Lebuhraya Utara Selatan Arah Utara hilang selepas kerja-kerja pembersihan sisa kemalangan dilakukan.

Dalam kejadian 23 Disember lalu, tujuh maut dalam nahas membabitkan dua buah lori, dua kereta dan sebuah bas persiaran.

Kemalangan dipercayai berpunca daripada tayar sebuah treler yang tercabut di tengah jalan sebelum dilanggar bas persiaran yang membawa 27 penumpang menghala ke selatan.

Pelanggaran itu menyebabkan bas tersebut terbabas ke laluan bertentangan, lalu merempuh sebuah kereta Perodua Bezza sebelum bertembung dengan sebuah lagi lori jenis Nissan dan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima yang menghala ke utara.

Ia mengorbankan lima sekeluarga yang menaiki Toyota Estime serta pemandu dan penumpang bas persiaran, selain turut mengakibatkan 33 yang lain mengalami kecederaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

585
Kongsi :
Previous post PRODUK PELANCONGAN PPSPM JADI PILIHAN LARUT MALAM
Next post ZOO MELAKA BUKA TIRAI 2025 DENGAN SAMBUTAN HEBAT
Ubah saiz-+=