Sorting by

×

Nahas jalan raya meningkat 51 peratus, 15 kematian Mac lalu

Masa Membaca:57 Saat

AYER KEROH 1 Mei – Kes kemalangan di negeri ini merekodkan peningkatan sebanyak 51 peratus dalam tempoh sebulan melibatkan 15 kematian Mac lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, peningkatan itu sekali gus menyaksikan 1, 370 kemalangan sepanjang Mac berbanding 907 kes pada Februari lalu.

“Pada Februari lalu, lima kes maut direkodkan dan meningkat menjadi 15 jiwa terkorban daripada 1, 370 kes berlaku pada Mac lalu.

“Penunggang motosikal adalah penyumbang utama kematian apabila mencatatkan empat daripada lima kematian pada Februari lalu.

“Manakala pada Mac pula lapan daripada 15 kematian adalah penunggang motosikal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, kebanyakan kemalangan berlaku di jalan negeri serta jalan bandaran dan hasil kajian mendapati beberapa punca menyumbang kepada kemalangan.

“Antaranya sikap kurang sabar pemandu, mengekori kenderaan terlalu dekat, kurang berhati-hati semasa keluar dan masuk simpang selain memandu laju dan gopoh sehingga terbabas sendiri.

“Justeru, menjelang Aidilfitri ini pihak polis menasihatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa mengutamakan keselamatan diri dengan memandu cermat dan berhati- hati, sentiasa tenang dan bersabar serta mematuhi undang- undang dan peraturan jalan raya,” katanya.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

341
Kongsi :
Previous post SMART badan sukarelawan anak Masjid Tanah dilancarkan
Next post PKP akan dinilai semula-PM Muhyiddin
Ubah saiz-+=