
Myvi rempuh lampu isyarat depan penjara
SUNGAI UDANG 28 Jan – Sebuah Perodua Myvi warna putih dipercayai hilang kawalan melanggar lampu isyarat dan tiang lampu di persimpangan hadapan Kompleks Penjara Sungai Udang, di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Alor Gajah (SPA) hari ini.
Berdasarkan video rakaman kamera papan pemuka (dashcam) sebuah kereta yang tular di media sosial, kejadian itu berlaku tepat pada jam 7.50 pagi tadi.
Perodua Myvi datang dari arah Paya Rumput itu dilihat melanggar pembahagi jalan, lampu isyarat dan tiang lampu sebelum terbabas dan merempuh sebuah kereta lain dari arah Sungai Udang yang ketika itu sedang menunggu lampu isyarat bertukar hijau.
Rempuhan kuat Perodua Myvi berkenaan menyebabkan tiang lampu isyarat dan tiang lampu tumbang ke tengah pembahagi jalan.
Sejurus kemudian beberapa individu termasuk penunggang motosikal dilihat bergegas membantu pemandu Perodua Myvi berkenaan.
-Berita lanjut menyusul-
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
POLIS MELAKA KOMITED BANTERAS SINDIKET MINTA SEDEKAH, JUAL KEREPEK
AYER KEROH 21 April - Polis Melaka komited membanteras sindiket meminta sedekah dan menjual kerepek khususnya di kaki lima bank...
JALAN BAHARU TAMBAK PAYA KE LEBUH AMJ STRATEGI PENYURAIAN TRAFIK
AYER MOLEK 21 April - Jalan pintas baharu dianggarkan sejauh tiga kilometer (km) menghubungkan Tambak Paya dan Lebuh Alor Gajah-Melaka...
MELAKA REKOD 666 KES PENIPUAN DALAM TALIAN, KERUGIAN RM19.52 JUTA
REMBIA 21 April - Melaka merekodkan kerugian berjumlah RM19.52 juta yang melibatkan 666 kes penipuan dalam talian bagi tempoh 1...
AMENG SPRING BAKAL MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN TABOH NANING
TABOH NANING 22 April - Penyanyi lelaki popular, Ameng Spring bakal memeriahkan lagi sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri...
DUA BERADIK MAUT DIPERCAYAI LANGGAR LAMPU ISYARAT
JOHOR BAHRU 21 April - Dua beradik maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima...
MMC LANCAR ‘HEALTH & LEISURE CARD’ PERTAMA DI MALAYSIA
BANDAR HILIR 21 April - Bagi menarik lebih ramai pesakit domestik dan antarabangsa Mahkota Medical Centre (MMC) mengambil inisiatif melancarkan...