‘MYM 0722’ ditemui mati di Pantai Pengkalan Balak
PENGKALAN BALAK 1 Sept – Seekor penyu karah ditemui mati terdampar di pesisir Pantai Padang Kemunting, di sini, petang tadi.
Tinjauan mendapati penyu berukuran lebih satu meter dengan kod nombor ‘MYM 0722’ hampir ditimbus pasir, berkemungkinan disebabkan pergerakan air di pantai itu.
Ketua Pusat Konservasi & Penerangan Penyu Melaka, Siti Mastura Daud mengesahkan kematian itu setelah menerima maklumat dilaporkan kakitangan Tabung Alam Sedunia (WWF) petang tadi.
“Setelah dilaporkan, Jabatan Perikanan menerusi kerjasama WWF akan menjalankan siasatan ke atas penyu karah berkenaan untuk mengenalpasti punca kematiannya.
“Kita akan menyiasat berikutan kematian penyu di kawasan terbabit perkara yang jarang direkodkan selain di lokasi lain di negeri ini.
“Kebiasaannya kematian penyu disebabkan beberapa perkara seperti gangguan ekosistem dan masalah pukat yang membuatkan spesies terbabit terancam,”katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini.
Masturah berkata, sebaik siasatan dilakukan kerja-kerja melupuskan haiwan itu akan dilakukan di lokasi yang bersesuaian dengan kedalaman tanah sekitar tiga meter.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.