MyKiosk teratur dan kemas

Masa Membaca:1 Minit, 31 Saat

SERI NEGERI 10 Julai – Kerajaan Negeri menerusi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menyediakan lebih 140 unit kiosk jualan khas buat peniaga kecil di seluruh negeri Melaka.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran Perubahan lklim dan Pengurusan Bencana Melaka, Datuk Rais Yasin berkata, kesemua kiosk PBT di Melaka ini dikenali dengan nama MyKiosk.

Katanya, kiosk ini adalah satu insiatif terbaharu dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang diberikan kepada PBT untuk menyelesaikan masalah ‘peniaga rambo’.

“Bagi negeri Melaka kita menerima sebanyak 144 Myskiosk daripada KPKT dan unit ini diagihkan kepada setiap PBT sebelum diserahkan kepada penjaja.

“Jumlah agihan unit di setiap PBT tidak sama, bagi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menerima sebanyak 37 unit, Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) pula 30 unit, diikuti Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) sebanyak 47 unit dan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) 30 unit.

“Bagi serahan dan pemilihan penjaja diantara PBT yang menguruskan sendiri dan ada yang dikendalikan oleh pihak Japerun.

“Malah kadar sewaan bagi setiap kiosk ini juga bergantung kepada tetapan PBT tetapi perlu dalam lingkungan bermula RM60 sebulan dan tidak melebihi RM150” katanya.

Beliau berkata demikian di sidang pada Persidangan Kedua, Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-15, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Rumput berkata, mewakili Kerajaan Negeri, beliau berharap bilangan MyKiosk di Melaka dapat ditambah, sekali gus dapat menyelesaikan isu penjaja.

“Untuk waktu ini bilangan itu dilihat masih tidak mencukupi dan kita merayu jika bilangan itu dapat ditambah lagi.

“Untuk MyKiosk ini sasarkan kita bagi setiap pentabiran PBT untuk mempunyai 60 MyKiosk namun ia bergantung kepada kelulusan dari KPKT,” katanya.

Jelasnya, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk merampas dan mengambil kembali MyKiosk daripada peniaga yang didapati cuba mengaut keuntungan dengan menyewakan unit kepada pihak ketiga dengan kadar yang lebih tinggi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

443
Kongsi :
Previous post DUN Melaka lulus Usul Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Masyarakat Negeri Melaka
Next post 4,177 ahli JPKK dilindungi Insurans Kesihatan
Ubah saiz-+=