Sorting by

×

MyKiosk bantu peniaga tambah pendapatan

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

PENGKALAN BATU 3 Ogos – Kemudahan kiosk jualan atau kini dikenali MyKiosk yang disediakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menerusi Japerun mendapat sambutan amat positif dalam kalangan peniaga.

Bagi peniaga Borhan Zakaria, 53, sebelum ini berniaga di tapak jualan ‘uptown’ Tepian Sungai Melaka Sentral berkata, dengan adanya gerai jualan kekal ia memudahkan lagi operasi perniagaan makanan yang diusahakan bersama isteri.

Katanya, jika sebelum ini di tapak ‘uptown’ dia hanya dapat berniaga selama tiga hari sahaja setiap minggu, sekali gus mengehadkan jumlah pendapatan bulanan.

“Selepas berpindah ke MyKiosk, setiap hari saya dapat berniaga, urusan operasi lebih mudah, syukur alhamdulillah kerana pendapatan juga meningkat.

“Meskipun MyKiosk ini saiznya kecil tetapi memberikan keselesaan, rekaannya juga membantu menarik pelanggan untuk singgah membeli jualan kami,” katanya.

Pengusaha gerai Western Kak Embe itu ditemui selepas majlis penyerahan kunci MyKiosk pada Hari Japerun Bersama Rakyat di Kompleks Japerun Pengkalan Batu yang disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Batu, Datuk Kalsom Noordin, hari ini.

Menurutnya, inisiatif yang dilaksanakan dengan menyediakan MyKiosk itu secara tidak langsung dapat membantu peniaga kecil khususnya dalam menjana pendapatan.

“Dengan tawaran sewa percuma untuk beberapa bulan dan kadar sewaan yang rendah ia membantu meringankan peniaga,” katanya.

Sementara itu, Kalsom berkata, seramai enam orang peniaga terpilih menerima MyKiosk yang terletak di Tepian Sungai Melaka Sentral.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

199
Kongsi :
Previous post Pengakap Laut Melaka dalami ilmu perkapalan, maritim
Next post Pendaftaran pelajar baharu PMM meningkat, capai 100 peratus
Ubah saiz-+=