MyDIGITAL perkasa rakyat – PM

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

KUALA LUMPUR 19 Feb. – Inisiatif MyDIGITAL berhasrat memperkasakan setiap rakyat Malaysia, dari Perlis ke Sabah, untuk memperbaiki kehidupan mereka dalam setiap aspek.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata, antaranya ia merangkumi idea dan rangka tindakan untuk meningkatkan literasi digital, mewujudkan pekerjaan berpendapatan tinggi, menjadikan urusan perbankan dan kewangan lebih mudah serta teratur.

“Selain itu inisiatif ini juga memberikan akses pendidikan secara maya kepada anak-anak kita serta membawa kemudahan perubatan ke pekan terpencil.

“Ia juga merupakan suatu pelan halatuju transformasi digital yang mampu mengupayakan sektor perniagaan untuk bersaing di pentas global dengan memantapkan kelancaran dan kecekapan operasi
mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan MyDIGITAL dan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia secara maya, di sini sebentar tadi.

Perdana Menteri berkata, inisiatif MyDIGITAL yang merangkumi Blueprint Ekonomi Digital Malaysia juga merupakan pelengkap kepada dasar pembangunan negara seperti Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) dan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030).

“Peranan teknologi digital ini terserlah lebih-lebih lagi semenjak setahun lalu apabila pandemik COVID-19 telah memberi cabaran getir kepada semua negara untuk meneruskan kehidupan
seperti biasa.

“Jelas kini, bahawa teknologi adalah alat yang penting untuk kemajuan dalam masa senang, namun perkara asas dan wajib untuk selamat pada masa yang paling mencabar,” katanya.

Views:

464
Kongsi :
Previous post Tiga teras strategi untuk pelan tindakan keusahawanan IPT 2021-2025
Next post Hotel Casa Del Rio jual pisang goreng pandu lalu.
Ubah saiz-+=