Mustafa Jewellery lebarkan sayap di Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

BANDA HILIR 9 September – Pembukaan cawangan Mustafa Jewellery menjadi satu lagi tarikan sepanjang Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) yang bukan sahaja menawarkan pelbagai destinasi percutian menarik sebaliknya peluang untuk membeli belah kepada pelancong.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, pembukaan rasmmi Mustafa Jewellery di pusat beli-belah Dataran Pahlawan Melaka Megamall itu sesuatu yang amat membanggakan bagi Negeri Melaka kerana ia adalah premis menjual perhiasan emas terbesar di negara ini.

Katanya, Mustafa Jewellery mempunyai rangkaian cawangan antarabangsa seperti di Dhaka, Bangladesh, Chennai, India dan Little India, Singapura.

Ab Rauf berkata, pembukaan cawangan Mustafa Jewellery di negeri ini membabitkan pelaburan modal permulaan berjumlah RM250 juta.

“Difahamkan Mustafa Jewellery akan membuat cabutan bertuah setiap bulan, sekali gus menjadikan tawaran sepanjang TMM2024 lebih menarik kerana kita juga menawarkan hadiah empat kereta kepada pengunjung.

“Kita akan wujudkan situasi menang-menang antara Kerajaan Negeri dan pihak Mustafa Jewellery,” katanya pada sidang media selepas merasmikan pembukaan Mustafa Jewellery, di sini, hari ini yang turut dihadiri Pengarah Urusan MK Mustafa Centre Sdn. Bhd. Mustaq Ahmad.

Menurutnya, pemilik Mustafa Jewellery berasal dari Singapura positif dalam memilih Negeri Melaka sebagai lokasi untuk mengembangkan lagi perniagaannya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3902
Kongsi :
Previous post Lebih senang urus hartanah guna e-bil
Next post Pelaburan Melaka melepasi RM5 bilion setakat Ogos – KM
Ubah saiz-+=