Mustafa dilantik Ahli Dewan Negara

Masa Membaca:30 Saat

SERI NEGERI 31 Julai – Setiausaha Perhubungan UMNO Negeri Melaka, Datuk Mustafa Musa dipilih sebagai Ahli Dewan Negara, hari ini.

Pelantikan beliau sebagai Senator dicadang Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan disokong Fairul Nizam Roslan (BN-Asahan) pada Persidangan Kedua, Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Yang Ke-15, di sini, hari ini.

Usul mencalonkan Mustafa yang juga Pengurus Besar Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) kemudiannya disokong seramai 24 Adun, dua berkecuali dan dua tidak hadir.

Pelantikan itu akan berkuatkuasa bermula hari ini untuk tempoh tiga tahun.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1942
Kongsi :
Previous post Naik taraf Stadium Jasin tunggu kelulusan MOF
Next post Bukan biadab, hanya salah faham – Exco
Ubah saiz-+=