Sorting by

×

‘Musim raya pun masih meriah’

Masa Membaca:1 Minit, 45 Saat

BANDA HILIR 29 April – Penempatan semula Uptown Pahlawan Walk di lokasi baharu dan pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan sekitar Banda Hilir memberi manfaat amat besar kepada peniaga kecil tempatan.

Whatsapp Image 2024 04 29 At 2.10.31 Am
KHAIRUL Effendi.

Berpengalaman selama 14 tahun dalam bidang perniagaan, Khairul Effendi Mohd, 42, menganggap pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan kini memberi limpahan rezeki buat dirinya.

Hanya dengan menjual minyak wangi dan kasut, Khairul Effendi memilih Melaka sebagai destinasi untuknya bertapak sebagai peniaga tetap.

“Alhamdulillah apabila Kerajaan Negeri pindahkan Uptown Pahlawan Walk ke kawasan ini (Zon Bebas Kenderaan), saya boleh lihat pelancong yang datang tidak pernah putus.

“Biarpun hari Ahad masih ramai yang datang ke sini untuk melihat barangan atau makanan menarik dijual. Musim raya ini mungkin sedikit merosot, tetapi insya-Allah selepas raya akan kembali seperti biasa,” katanya ketika ditemui Melaka Hari Ini di Uptown Pahlawan Walk, di sini, semalam.

Katanya idea Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh sememangnya memberi impak yang baik terhadap peniaga.

“Sebelum ini saya berniaga di tapak ekspo merata tempat, namun berasa selesa dan jatuh hari apabila membuka gerai di Melaka, jadi saya ambil keputusan untuk meneruskan perniagaan secara tetap di sini,” katanya.

Whatsapp Image 2024 04 29 At 2.11.21 Am
NURSYAZREEN Ixora.

Sementara itu, pengunjung Nursyazreen Ixora Sonny, 21, dari Segamat, Johor gemar singgah di Melaka kerana perubahan dibawa Kerajaan Negeri sangat berbeza berbanding sebelum ini.

“Melaka pada waktu malam memang sangat meriah terutama hujung minggu, contoh di Uptown Pahlawan Walk ini antara pasar malam yang sangat besar.

“Ditambah pula ada Zon Bebas Kenderaan, jadi kita mahu berswafoto di bangunan bersejarah lebih mudah dan selamat,” katanya.

Whatsapp Image 2024 04 29 At 2.12.21 Am
SAKI Kurimoto.

Manakala bagi Saki Kurimoto, 24, dari Jepun memilih Melaka sebagai lokasi untuk meraikan sabutan ulang tahun kelahirannya bersama keluarga.

“Hari lahir saya dua hari lallu, jadi saya datang Melaka sebab ada trip bersama keluarga. Saya memang tinggal di Malaysia iaitu Kuala Lumpur kerana sedang melanjutkan pengajian, tetapi saya suka datang Melaka kerana ada pasar malam (Pahlawan Walk) yang sangat meriah,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

660
Kongsi :
Previous post ‘Pastikan satu kampung, ada satu padang’ – Sulaiman
Next post Lahir jurulatih sukan berkualiti
Ubah saiz-+=