
Murid terpilih DUN Rembia terima bantuan sekolah
REMBIA 22 Jun – Seramai 10 murid terpilih dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia menerima Baucar Bantuan Persekolahan Sekolah Rendah Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM), baru-baru ini.
Sumbangan itu disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis bagi membantu golongan memerlukan di DUN tersebut selain menyuntik semangat murid untuk cemerlang dalam pelajaran.
“Pagi ini (Khamis lalu) saya menyempurnakan penyampaian Baucar Bantuan Persekolahan Sekolah Rendah TAPEM sumbangan Kerajaan Negeri Melaka bagi DUN Rembia.
“Seramai10 Pelajar yang terpilih dari DUN Rembia mendapat insentif sumbangan kerajaan negeri Melaka bagi DUN ini.
“Sumbangan ini sudah tentu dapat membantu keluarga itu meneruskan kelangsungan hidup sekali gus memastikan kualiti pendidikan anak-anak mereka tidak terganggu,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasminya, Khamis lalu.
Hadir sama Pengurus Besar TAPEM, Datuk Mustafa Musa dan Penghulu DUN Rembia, Ariff Omar.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...
