
Murid dan guru di dua SK di Masjid Tanah positif COVID-19
AYER KEROH 5 April. – Empat murid dan empat guru di dua sekolah kebangsaan (SK) di Masjid Tanah, dekat sini, dikesan positif COVID-19 hari ini.
Turut dijangkiti, seorang pelajar Kolej Univerisiti Islam Melaka (KUIM).
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah negeri Datuk Rahmad Mariman berkata, jangkitan itu dikesan selepas Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Alor Gajah melakukan saringan bergejala seorang wanita yang dijangkiti daripada Kluster Jalan Kenanga, Alor Gajah.
Katanya, wanita berkenaan kemudian menghadiri satu majlis doa selamat dan tahlil di Kuala Sungai Baru sebelum mengalami gejala demam.
“Susulan itu, seramai tiga murid dan tiga guru SK Pengkalan Balak serta masing-masing seorang murid dan guru di SK Jeram dan seorang pelajar KUIM dikesan positif COVID-19,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini (MHI).
Beliau berkata berikutan itu, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka mengarahkan SK Jeram ditutup manakala bagi SK Pengkalan Balak, beliau masih belum memperolehi penilaian mengenai status sekolah berkenaan.
“SK Pengkalan Balak saya belum perolehi maklumat lagi, namun siasatan PKD Alor Gajah telah dijalankan tengah hari tadi,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...
