Mulai esok, boleh ‘walk-in’ ke PPV dapatkan dos penggalak

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

MELAKA 28 Jan – Bermula esok, individu berusia 18 tahun boleh datang secara terus (walk in) ke semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) seluruh negara untuk mendapatkan vaksinasi dos penggalak.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, orang ramai diminta menghubungi PPV atau klinik swasta terlibat terlebih dahulu bagi menentukan masa yang sesuai sebelum datang mendapatkan dos penggalak.

Cara itu, katanya dapat mengurangkan kesesakan dan memastikan prosedur operasi standard (SOP) sentiasa dipatuhi.

“Senarai PPV swasta dan PPV ‘offsite’ boleh disemak di laman web www.protecthealth.com.my dan ia akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

“Jenis vaksin yang diberikan terhad kepada bekalan yang ada di setiap PPV. Individu yang ‘walk in’ dimohon agar mempunyai sijil vaksinasi yang lengkap dan MySejahtera bagi melancarkan proses vaksinasi.

“Untuk individu yang tidak mempunyai sijil vaksinasi digital kerana tidak mempunyai telefon pintar, sila bawa bersama kad vaksinasi fizikal ke PPV,,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, berikutan pergerakan rakyat dalam negara kini semakin meningkat khususnya di musim perayaan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggalakkan orang ramai mendapatkan dos penggalak dengan segera.

Menurutnya, ia bagi melindungi diri, keluarga dan komuniti, terutamanya warga emas, individu dengan komorbiditi, ibu mengandung, anak-anak kecil dan mereka yang tidak layak divaksinasi kerana masalah kesihatan.

“KKM akan mempertingkatkan lagi kapasiti dan kadar pemberian dos penggalak bagi memastikan lebih ramai penduduk di Malaysia mendapat perlindungan imuniti yang optimum berikutan trend peningkatan kes dan kluster COVID-19 sejak kebelakangan ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1572
Kongsi :
Previous post Myvi rempuh lampu isyarat depan penjara
Next post Video kongsi gelap tular 30 dikompaun
Ubah saiz-+=