Sorting by

×

Mujur suami carum SKSSR

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

RIM 3 Ogos – Sikap cakna, N Devadasan, 55, mencarum dibawah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) meringankan bebannya dalam menampung kos rawatan isteri, T Kogilavani, 51, disahkan menghidap masalah buah pinggang tahap lima.

Dia mula mencarum menerusi SKSSR disediakan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) beberapa bulan lalu dan berasa lega kerana isterinya dikategorikan sebagai orang berinsurans (OB) meskipun belum cukup setahun.

Devadasan berkata, hasil caruman dibuat Kogilavani kini layak menerima faedah keuzuran daripada Perkeso berjumlah RM300 dan kos rawatan dialisis RM200 setiap bulan.

“Saya mencarum untuk isteri setiap bulan, memang berasa lega kerana layak menerima faedah Perkeso kerana isteri tiba-tiba disahkan mengalami masalah buah pinggang.

“Sebelum ini isteri sihat, namun pada Mac lalu kakinya bengkak dan selepas menjalani ujian darah dia disahkan mengalami masalah buah pinggang tahap lima dan terpaksa dirujuk ke Hospital Melaka.

“Pada mulanya memang berasa serabut dan risau mengenangkan nasib isteri kerana saya tidak bekerja, tapi mujur Perkeso tampil membantu,” katanya, ketika ditemui di kediamannya di Batu 20, Rim, di sini, hari ini.

Terdahulu bapa dua anak ini dimaklumkan khabar gembira itu pada Majlis Penyampaian Skuad Perkeso Prihatin Melaka yang disempurnakan Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Ngwe Hee Sem.

Hadir sama pada majlis itu adalah Pengarah Perkeso Melaka Abd Razak Omar.

Menurutnya, dia tidak menyangka maklumat yang diperoleh daripada saluran Tik Tok berhubung SKSSR itu besar faedahnya malah prosedur untuk mencarum tidak mengambil masa yang lama.

“Kalaulah saya tidak peka tentang skim ditawarkan Perkeso ini mungkin kami akan berdepan masalah,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

803
Kongsi :
Previous post Koperasi Politeknik Merlimau cemerlang di HKN’23
Next post Sayangkan isteri, suami kena carum SKSSR
Ubah saiz-+=