
Aidilfitri: Mujur Pasar Jasin, Merlimau lanjutkan operasi
MERLIMAU 2 Mei – Operasi di Pasar Jasin dan Merlimau dilanjutkan hingga jam 3 pagi tadi, bagi memudahkan orang ramai membeli barangan bagi persiapan menyambut Aidilfitri hari ini.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) Datin Sapiah Haron berkata, kebenaran operasi itu diberikan selepas pihaknya menerima permohonan awal daripada peniaga untuk beroperasi pada malam raya.
“Memang ada permohonan awal untuk buka malam raya, sepatutnya Isnin malam Selasa tetapi apabila diumumkan awal jadinya mereka beroperasi malam ini (malam tadi),” katanya.
Beliau berkata, inisiatif peniaga di kedua-dua pasar berkenaan untuk melanjutkan tempoh operasi hingga awal pagi adalah untuk mengelakkan kesesakan dan membantu orang ramai membuat persiapan raya.
“Tidak sangka pula permohonan yang dibuat mereka kebetulan dengan pengumuman sambutan Hari Raya Aidilfitri pada esok (hari ini) iaitu awal sehari daripada jangkaan iaitu pada Selasa,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LELAKI MAUT, VAN TERBABAS REMPUH BESI PENGHADANG
ALOR GAJAH 12 Mac - Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah van di Kilometer 209.1...
AIDILFITRI: RAKYAT MELAKA DIGALAK DAFTAR APLIKASI ‘VSP’
AYER KEROH 12 Mac - Orang ramai khususnya penduduk di negeri ini disaran menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) bagi...
MPJ KONGSI REZEKI RAMADAN
JASIN 12 Mac - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menyemarakkan bulan mulia ini dengan Program Kongsi Rezeki Ramadan 2025 berkonsepkan sumbangan...
PENGASUH DIDAKWA BUNUH KANAK-KANAK PEREMPUAN TIGA TAHUN
KUANTAN, 12 Mac - Seorang pengasuh didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan...
MAIM ANJUR QIYAMUNNAHAR RAMADAN BERSAMA MUALAF
AYER KEROH 12 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Bahagian Balai Islam akan menganjurkan dua siri Program Qiyamunnahar...
KAUNTER ZAKAT FITRAH DALAM KOLEJ
JASIN 12 Mac - Kolej Komuniti Jasin (KKJS) mengambil langkah proaktif dengan menyediakan kaunter pungutan zakat fitrah di kolej berkenaan....