Mujur bomba datang
JOHOR BAHRU 30 Jan. – Seorang bapa berdepan detik cemas apabila dua anak perempuannya terperangkap di dalam kereta yang diletak di hadapan sebuah kedai di Jalan Pulai Perdana, Taman Pulai Perdana, di sini petang tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Skudai Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Riduan Akhyar berkata, seramai 10 anggota bersama satu jentera digegaskan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada 5.37 petang.
Beliau berkata bapa berumur lingkungan 40-an itu difahamkan meninggalkan kedua-dua anaknya yang berumur lima dan enam tahun terbabit di dalam kenderaan pacuan empat roda itu untuk ke tandas.
“Menurut bapa terbabit, dia telah meminta seorang daripada anaknya mengunci kereta sebelum dia meninggalkan mereka.
“Menurut bapa itu lagi seorang daripada anaknya juga pandai membuka pintu kereta tetapi sebaik kembali ke kenderaan dia mendapati kedua-dua anaknya tertidur,” katanya dalam kenyataan.
Mohd Riduan berkata sebaik sahaja pihak bomba memulakan operasi untuk membuka pintu kenderaan dengan menggunakan peralatan khas, seorang daripada kanak-kanak terbabit tersedar lalu terus membuka pintu.
Beliau berkata kedua kanak-kanak itu diserahkan kepada bapa mereka dalam keadaan selamat dan operasi terbabit tamat pada 5.56 petang.
Views:
Related
Berita Lain
604 DITAHAN, RM87.03 JUTA BARANGAN DIRAMPAS KPDN
ALOR GAJAH 25 November - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menahan 604 individu selain merampas barang...
KEBERADAAN PENGUAT KUASA KPDN DIPERTINGKAT
ALOR GAJAH 25 November - Keberadaan atau 'omnipresence' jentera penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)...
PELAJAR TINGKATAN LIMA MAUT, DUA LAGI CEDERA
BANDARAYA MELAKA 25 November - Seorang pelajar perempuan Tingkatan Lima maut, selepas terjatuh daripada motosikal ditunggang sebelum dirempuh sebuah lagi...
GURU DIKHUATIRI LEMAS: OPERASI SAR BERSAMBUNG
KUANTAN 25 November - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang guru penolong kanan kokurikulum yang dikhuatiri lemas ketika memancing di...
WARGA EMAS JUARA KEMBARA PANCING MELAKA, BAWA PULANG RM15,000
KLEBANG 25 November - Otai masih berbisa. Itu gelaran yang layak diberikan kepada Yusrizal Nurun, 65, apabila muncul johan pada...
KKBBM JAGA KEBERSIHAN TAMAN LAUT MELAKA
AYER KEROH 25 November - Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka (KKBBM) menzahirkan semangat cintakan alam sekitar menerusi penganjuran aktiviti gotong-royong...