
Muhyiddin rasmi syarikat IKS berasaskan soya di Felcra Bukit Kepong
MUAR 27 Mac. – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini merasmikan premis dan trak makanan Fani Soy, milik sebuah syarikat Industri Kecil dan Sederhana (IKS) bumiputera yang mengeluarkan produk berasaskan kacang soya di Felcra Bukit Kepong di Labis dekat sini.
Ketibaan Muhyiddin bersama isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman di FN Maju Enterprise pada kira-kira 9 pagi disambut oleh pemilik syarikat itu Noraini Ismail bersama suami Mohd Fazri Mohd Saimi.
Muhyiddin dan Noorainee kemudian diberikan penerangan tentang operasi syarikat selain turut mencuba satu daripada produk keluaran syarikat berkenaan iaitu tau fu fa berperisa pandan.
Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Kepong Datuk Dr Shahruddin Jamal.
Muhyiddin meluangkan masa kira-kira 20 minit di situ sebelum menghadiri program sarapan pagi bersama masyarakat Felcra Bukit Kepong.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...