
Muhyiddin pilih Melaka negeri kedua adakan sesi dialog
BANDA HILIR 21 Okt. – Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengadakan sesi libat urus bersama pemain industri sektor ekonomi dan sosial negeri Melaka.
Program yang diadakan di Hotel Hatten Melaka itu antara lain merangkumi sesi pendampingan dan dialog bersama pemain industri yang terjejas sejak pandemik COVID-19 melanda negara.
Difahamkan Melaka menjadi negeri kedua dikunjungi Muhyiddin selaku Pengerusi MPN bagi bertemu kumpulan-kumpulan berkepentingan sepanjang tempoh pemulihan negara.
Terdahulu, bekas perdana menteri itu tiba kira-kira jam 10 pagi dan disambut kenamaan dan penggiat industri terlibat.

Hadir sama, Exco NGO, Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Datuk Wira Mohd Rafiq Naizamohideen dan Ketua Polis Melaka Datuk Wira Abdul Majid Mohd Ali.
Bagi sesi dialog pertama, ia melibatkan pemain industri pelbagai sektor ekonomi di negeri ini.
Manakala, sesi kedua pula melibatkan libat urus bersama Pertubuhan Belia dan Wanita, badan bukan kerajaan (NGO) serta sektor sosial Melaka.
Difahamkan sidang media bagi majlis berkenaan akan diadakan sekitar jam 12.30 tengah hari.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...
