
Muhyiddin menghadap Agong dua jam
KUANTAN 23 Okt. – Tan Sri Muhyiddin Yassin meninggalkan perkarangan Istana Abdulaziz, Indera Mahkota di sini, kira-kira jam 7.15 petang ini selepas mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hampir dua jam.

Bagaimanapun Perdana Menteri dan konvoi mengiringinya tidak berhenti dan berlalu tanpa menemui sekumpulan kira-kira 20 pemberita yang menunggu di pintu masuk utama istana sejak jam 3 petang tadi.

Beliau dan rombongan yang tiba di pintu masuk istana pada jam 4.40 petang, bertolak ke Kuantan selepas mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet di Jabatan Perdana Menteri pagi tadi.
Difahamkan Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Affendi Buang adalah antara yang dilihat berada dalam konvoi mengekori Perdana Menteri ketika memasuki istana.
Views:
Related

Berita Lain
POLIS SIASAT SURI RUMAH BUAT LAPORAN PALSU DISAMUN
JERTIH 22 April - Polis menyiasat seorang suri rumah yang membuat laporan palsu mendakwa dirinya disamun dua suspek bersenjatakan pisau...
POLIS TAHAN WANITA CURI BEG DALAM PEJABAT PASUKAN BOMBA SUKARELA
BUTTERWORTH 22 April - Polis menahan seorang wanita tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian curi beg sandang milik seorang lelaki...
JENAYAH INDEKS MELAKA MENURUN
AYER KEROH 22 April - Statistik jenayah indeks Negeri Melaka bagi tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 4.85...
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...