
Muhyiddin kekal PM
KUALA LUMPUR 4 Ogos – Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan dirinya kekal sebagai Perdana Menteri selepas mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, hari ini.
Muhyiddin dalam perutusan khas yang disiarkan secara langsung sebentar tadi berkata, beliau telah menyembah maklum bahawa telah menerima sejumlah surat akuan daripada Ahli Dewan Rakyat yang meyakinkan dirinya masih mempunyai kepercayaan majoriti.
Justeru, katanya, sebarang isu mengenai peletakan jawatan adalah tidak berbangkit.
“Saya bagaimanapun sedar kedudukan saya sebagai Perdana Menteri sering dipersoalkan.
“Maka, saya telah menyembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong bahawa saya akan menentukan keabsahan saya sebagai Perdana Menteri di Parlimen,” katanya.
Beliau berkata, satu usul undi percaya kepada dirinya akan dibentangkan di Dewan Rakyat ketika dewan kembali bersidang pada September.
“Melalui cara ini, kedudukan saya sebagai Perdana Menteri dan Perikatan Nasional sebagai parti memerintah akan dapat ditentukan mengikut lunas undang-undang dan perlembagaan.
“Alhamdulillah Yang di-Pertuan Agong telah memperkenan cadangan ini,” katanya.
Berita penuh menyusul
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...
PERZIM LESTARIKAN BUSANA TRADISIONAL KLASIK
BANDAR HILIR 19 April - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memperkenalkan busana tradisional terbaharu sebagai inisiatif memartabatkan semula seni, budaya dan...