Muhammad Azz Zayyan ‘abang bomba’ paling muda

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

AYER KEROH 14 Oktober – Muhammad Azz Zayyan Abdullah, 4, menerima kejutan apabila diberi peluang bertugas sebagai ‘abang bomba’ pada majlis sambutan ulang tahun kelahirannya yang diadakan di Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Ayer Keroh, di sini, 1 Oktober lalu.

Meskipun dipersiapkan dengan semua kelengkapan pakaian bomba untuk sehari sahaja, kelihatan Muhammad Azz Zayyan gembira bergelar abang bomba paling muda sepanjang majlis itu berlangsung.

Ibu Muhammad Azz Zayyan, Malinda Atan berkata anaknya kelihatan amat teruja apabila disambut pegawai bomba dan diberikan peluang menaiki serta memegang peralatan menyelamat yang digunakan jabatan itu.

WhatsApp Image 2022-10-13 at 7.13.51 PM
BOMBA ‘cilik’ Muhammad Izz Zayyan, (tengah) bersama keluarganya yang menyambut ulang tahun kelahiran di Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh baru-baru ini.

Meskipun sedang sarat mengandung lapan bulan Malinda bersama suami menemani Muhammad Azz Zayyan yang diberi peluang menaiki jentera bomba.

“Selain memberi kejutan kepada anak saya, Muhammad Azz Zayyan sebenarnya banyak menimba pengalaman baharu apabila didedahkan dengan pelbagai ilmu kebombaan, perkara ini amat bagus kanak-kanak seperti dia.

“Paling menarik apabila Muhammad Azz Zayyan, diberi peluang menggendalikan hos air untuk memadamkan kebakaran dengan cara yang betul,” katanya.

Majlis sambutan ulang tahun yang bermula dari jam 4 petang hingga 9 malam itu disambut dengan kehadiran 25 anggota bomba serta hampir 40 jemputan termasuk ahli keluarga dan sahabat handai.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2396
Kongsi :
Previous post Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia bermula di Melaka hari ini
Next post KPDNHEP Melaka ‘tanya khabar’ parkir valet tular
Ubah saiz-+=