Sorting by

×

Mufti selamat terima suntikan vaksin COVID-19

Masa Membaca:51 Saat

AYER KEROH 5 Mac. – Mufti Melaka, Datuk Wira Abdul Halim Tawil selesai menerima suntikan vaksin COVID-19 di Klinik Kesihatan Ayer Keroh, di sini, pagi tadi.

Menerusi hantaran di akaun Facebook rasminya, Halim mengucapkan
terima kasih kepada petugas ‘frontliner’ (jururawat dan doktor) yang bersemangat dan responsif dengan tetamu.

“(Orang ramai) segera daftar MySejahtera dan tunggu giliran…kita boleh memutuskan rantaian virus COVID-19, kita berusaha, berdoa  dan bertawakkal kepada Allah SWT,” katanya.

Program Imunisasi COVID-19 peringkat negeri bermula Selasa lalu, menyaksikan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali menjadi individu pertama menerima suntikan vaksin jenis Pfizer-BioNTech.

Sulaiman antara 1,097 individu terawal yang menerima vaksin berkenaan bersama wakil rakyat serta petugas barisan hadapan di negeri ini.

Turut menerimanya, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1, Datuk Seri Ahmad Hamzah, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin serta EXCO Kesihatan dan Antidadah negeri, Datuk Rahmad Mariman.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

308
Kongsi :
Previous post 2,000 pek bubur kacang diagih untuk jemaah
Next post ‘Ingatkan gurauan rakan mati tergantung’ – Saksi
Ubah saiz-+=