
Mufti Melaka dilantik Profesor Adjung KUIM
KUALA SUNGAI BARU 2 Mac – Mufti Melaka Datuk Wira Abdul Halim Tawil hari ini telah dilantik sebagai Profesor Adjung Fakulti Keilmuan Islam (FKI), Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) bagi tempoh dua tahun.
KUIM menerusi kenyataan medianya sebentar tadi menjelaskan, gelaran kehormat tersebut telah dianugerahkan kepada beliau yang juga merupakan seorang tokoh profesional serta mempunyai kepakaran dan pengalaman luas di dalam bidang Pengajian Islam.
“Sumbangan, jasa bakti serta peranan beliau yang sangat besar terhadap organisasi dan masyarakat terutamanya di Melaka juga merupakan antara faktor utama beliau dipilih bagi menyandang gelaran tersebut,” jelas kenyataan tersebut.
Pihak KUIM juga berharap, menerusi pelantikan itu dapat memberi impak dan nilai tambah kepada program-program pengajian yang ditawarkan oleh FKI, terutama penglibatan pihak industri bagi membantu kebolehpasaran graduan FKI nanti.
“Pemerkasaan dan penambahbaikan program-program pengajian di FKI akan dapat dijalankan di atas nasihat dan kepakaran Mufti Melaka (Abdul Halim).
“Ini adalah penting bagi memastikan program-program pengajian yang ditawarkan adalah selari dengan kehendak semasa pasaran industri,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MELAKA DESTINASI SUKAN DAN WARISAN
TANJUNGÂ BIDARA 13 April - Penganjuran sukan memanah tradisional mampu memperkenalkan lagi Melaka sebagai destinasi sukan dan warisan, sekali gus...
LORI ALAMI MASALAH BREK, LANGGAR 15 KENDERAAN
SEPANG 13 April - Sebuah lori melanggar 15 kenderaan lain di jalan susur turun dari Plaza Tol Serenia menghala ke...
PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT TERBABAS, PEJALAN KAKI DILANGGAR KERETA KETIKA BERI BANTUAN
JOHOR BAHRU 13 April - Seorang lelaki Myanmar maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas manakala penjalan kaki yang cuba memberi...
RAYA MERIAH, HARMONI DI KLEBANG
KLEBANG 13 April - Walaupun berlangsung dalam cuaca hujan lebat, Majlis Rumah Terbuka Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang di perkarangan...
79 PROGRAM WARNAI WRUR LENDU 18-31 MEI DEPAN
LENDU 13 April - Sebanyak 79 program disusun bersempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu...
PELUNCURAN TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 DI MELAKA PADA SEPTEMBER
TELOK MAS 13 April - Majlis Peluncuran Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM 2026) di Melaka akan diadakan pada September depan,...