Sorting by

×

MUFC ‘tempang’ hadapi Kedah FC di Jebat

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

KELAB Bolasepak Melaka United (MUFC) bakal turun tanpa beberapa pemain utama dalam aksi menentang Kelab Bolasepak Kedah (Kedah FC) di Stadium Hang Jebat, malam esok.

Pengurus Pasukan Muhammad Akram Abdullah berkata, ia berikutan kecederaan dialami lima pemainnya termasuk penjaga gol utama Khairul Fahmi Che Mat dan tonggak pertahanan Che Rashid Che Halim serta Mohd Akmal Md Zahir.

Lebih diburukkan, khidmat dua perancang utama pasukan, Sony Norde dan Wan Amirul Afiq Wan Rahman juga terpaksa dilupakan akibat digantung satu perlawanan.

“Apapun, kita berharap penyerang import Alex dos Santos Goncalvez sudah cergas dan dapat diturunkan dalam perlawanan itu nanti untuk mengemudi jentera hadapan bersama Stefan Nikolic dan S Kumaahran,” katanya.

Mengulas lanjut, Muhammad Akram berkata, pihaknya berharap badi dua kekalahan berturut-turut di hadapan penyokong sendiri sebelum ini dapat ditamatkan dalam aksi menentang Kedah FC nanti.

Justeru, beliau mengharapkan kesebelasan utama yang dipilih dapat membuktikan keazaman tinggi dan bermain penuh berdisiplin untuk menceriakan penyokong ‘Gegau Melaka Gegau’.

“Tidak dinafikan kita tewas dalam dua perlawanan di laman sendiri sebelum ini. Jadi, perkara ini harus kita perbaiki dengan segera.

“Kita perlu mengambil iktibar kekalahan lalu dan menjadikan aksi di laman sendiri sebagai kelebihan untuk mengutip mata berharga bagi keluar dari zon bahaya,” katanya lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

438
Kongsi :
Previous post Isu jenaka rogol di sekolah tidak boleh dipandang remeh, tindakan tegas wajar diambil
Next post Isteri Ketua Menteri santuni petugas barisan hadapan sempena Ramadan
Ubah saiz-+=