Sorting by

×

MUFC seri lagi

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

PETALING JAYA 10 Mac. – Kelab Bolasepak Melaka United (MUFC) mencatat keputusan seri kedua berturut-turut musim ini selepas terikat 2-2 dengan Kelab Bolasepak Petaling Jaya City (PJ City FC) di Stadium MBPJ Petaling Jaya, sebentar tadi.

MUFC yang turun sebagai pasukan pelawat terlebih dahulu di depan pada minit ke-55 menerusi jaringan pemain sayap S Kumaahran, sebelum diikat semula PJ City FC pada minit ke-70 hasil jaringan bekas penyerang kebangsaan, Darren Lok.

Perlawanan yang berlangsung sengit itu bagaimanapun dicemari sedikit kontroversi apabila pengadil perlawanan, Mohd Fairuzi Mat Desa menghadiahkan sepakan penalti ‘misteri’ kepada PJ City FC meskipun ulang tayang menunjukkan tiada kekasaran dilakukan Kumaahran terhadap pemain gantian, Ahmad Khairil Anuar Ahmad Zamri atau lebih dikenali ‘Beto’.

Darren tenang menyempurnakan sepakan penalti itu untuk meletakkan tuan rumah di depan pada minit ke-86.

Sedang perlawanan dilihat berpihak kepada tuan rumah, pemain gantian, Mohamad Faris Shah Mohd Rosli muncul penyelamat skuad Hang Tuah apabila menjaringkan gol penyamaan di masa-masa kecederaan sebelum wisel penamat.

Keputusan seri itu, melayakkan kedua-dua pasukan berkongsi satu mata, sekali gus meletakkan mereka di tangga ke-8 dan 9 Liga Super musim ini dengan mengutip dua mata daripada dua perlawanan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

324
Kongsi :
Previous post MPI mahu yayasan bantu pengamal media disegerakan
Next post Tidak wajar potong gaji MP, Senator biarpun Parlimen tidak bersidang
Ubah saiz-+=