MUFC hilang 6 tonggak akibat kecederaan

Masa Membaca:59 Saat

KEHILANGAN enam tonggak menjelang pertemuan dengan Selangor FC malam esok nyata menjejaskan perancangan Kelab Bolasepak Melaka United (MUFC) untuk memperbaiki kedudukan.

Antara enam pemain yang berkemungkinan terpaksa diketepikan ialah penyerang import Giovanne Gomez, serta pemain tengah S Kumaahran, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Khairul Anwar Shahrudin, Ahmad Syamim Yahya dan Gary Steven Robbat.

Ketua Jurulatih MUFC, Zainal Abidin Hassan bagaimanapun, enggan menganggap kehilangan tonggak utama itu sebagai satu kelemahan untuk menyerah kalah.

Sebaliknya, beliau yakin pemain gantian yang dipilih mampu melakukan tugas dengan baik untuk membolehkan skuad Hang Tuah membawa pulang mata dari Stadium Bajlis Bandaraya Petaling Jaya.

“Inilah masa untuk pemain yang dipilih diberi peluang mengejar tempat mereka dalam kesebelasan utama dan memberi keyakinan kepada pasukan.

“Sebagai jurulatih, saya percaya dengan semua pemain yang diturunkan dan Insya-Allah mereka dapat melakukan sesuatu untuk membantu pasukan,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini.

Mengulas peluang MUFC untuk kekal di Liga Super musim depan, Zainal optimis ia mampu dilakukan dalam baki tiga perlawanan lagi.

Beliau bagaimanapun, mahu pasukan memainkan peranan lebih awal dalam aksi menentang Selangor FC malam esok dan tidak menunggu di saat akhir untuk menyelamatkan diri dari zon penyingkiran.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

426
Kongsi :
Previous post MUFC cari formula saat akhir
Next post Semangat, ‘jiwa muda’ Ahmad Faizal sesuai dengan kementerian diterajuinya
Ubah saiz-+=