
Melaka United hanya mampu seri
MELAKA United FC (MUFC) catat keputusan seri 0-0 berdepan PJ City FC sebentar tadi, walaupun beraksi di laman sendiri.
Skuad Sang Kancil menampilkan aksi bertenaga selepas menguasai permainan namun aksi cemerlang penjaga gol PJ City FC, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi menafikan segala asakan bertali arus pasukan tuan rumah.
Menguasai setiap babak awal tuan rumah berjaya melakukan gerakan menarik untuk mencari gol semangat ketika lawan lebih banyak berkubu di kawasan sendiri.
Namun usaha mereka memecah kebuntuan tidak berhasil termasuk menerusi percubaan Manuel Ott pada minit ke -26 yang tinggi melepasi palang gol.
Buruan Melaka terus agresif bagaimanapun tandukan Syamim Yahya pada minit ke-31 sekadar menggeggar palang gol diikuti dua minit selepas itu menerusi Ott yang berjaya ditepis keluar Kalamullah.
Dengan keputusan seri tersebut, meletakkan MUFC di zon penyingkiran iaitu ke tangga kedua tercorot dengan 11 mata.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
BERAS MELAKA HANYA UNTUK WARGANEGARA MALAYSIA
SERI NEGERI 28 April - Beras Melaka yang kini mula dijual pada harga serendah RM26 sekampit 10 kilogram (kg) hanya...
EKONOMI MELAKA KEKAL KOMPETITIF, INKLUSIF DAN BERDAYA SAING
SERI NEGERI 28 April - Ekonomi Negeri Melaka kekal kompetitif, inklusif dan berdaya saing berdasarkan indikator dan data dikeluarkan Jabatan...
PENJENAMAAN SEMULA SJKC SIMPANG BEKOH SEDANG DIPERINCI
SERI NEGERI 28 April - Penjenamaan semula nama Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SKC) Simpang Bekoh kepada SJKC Laksamana Cheng Ho...
SEMUA MASJID DI MELAKA DIMINTA LAKSANA SOLAT HAJAT, QUNUT NAZILAH UNTUK PALESTIN
SERI NEGERI 28 April - Semua masjid di Negeri Melaka diminta untuk melaksanakan solat hajat dan bacaan Qunut Nazilah secara...
INSTITUT TUN PERAK SELIDIK PERANAN LAKSAMANA CHENG HO DALAM HUBUNGAN MELAKA DAN CHINA
SERI NEGERI 28 April - Institut Tun Perak (ITP) sedang menjalankan kajian terperinci mengenai peranan Laksamana Cheng Ho melibatkan hubungan...
LIPUTAN 5G DI MELAKA CAPAI 89.7 PERATUS, CAPAIAN 4G HAMPIR 100 PERATUS
SERI NEGERI - Kadar liputan 5G di kawasan berpenduduk di Negeri Melaka telah mencapai 89.7 peratus, kata Exco Sains, Teknologi,...