Sorting by

×

‘Muaythai pantai’ bertaraf dunia bakal gegar Melaka tahun depan

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

PANTAI KUNDOR 29 Oktober – Kejohanan muaythai bertaraf antarabangsa bakal dianjurkan tahun depan menjadi sebahagian daripada acara tersenarai dalam kalendar pelancongan Negeri Melaka.

Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, acara itu merupakan sebahagian daripada perancangan kalender Kerajaan Negeri untuk menarik kehadiran pelancong dan sub sektor pelancongan sukan.

Jelasnya, Pantai Puteri dicadang untuk menjadi lokasi penganjuran kejohanan yang akan disertai petarung muaythai dalam dan luar negara itu.

“Insya-Allah ini menjadi perancangan besar kita tahun depan yang saya meminta Bahagian Promosi Pelancongan bersama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi merancang penganjuran ini.

“Pada masa sama, kita juga akan ke Thailand untuk mendapatkan penglibatan mereka yang mempunyai jaringan lebih besar dengan petarung muaythai.

“Jadi, kita berharap persatuan muaythai dalam negara dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk bersama-sama mengetengahkan sukan ini supaya ia mencapai matlamat kita untuk menjadikannya acara lebih besar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali merasmikan Melaka By The Sea Carnival 2022 di Pantai Puteri, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Kundor Tuminah Kadi; Pengurus Besar BPP Melaka Sa’ari Basiron dan Pengarah MOTAC Melaka Jay Yeow.

Pada program Melaka By The Sea 2022 yang itu turut menampilkan pertandingan Muaythai Championship yang disertai kira-kira 100 peserta dari seluruh negara.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2810
Kongsi :
Previous post Leka layan pelanggan, 44 PATI dicekup di Festival Makanan Thailand
Next post Pelancongan pantai di Melaka akan kembali rancak
Ubah saiz-+=