Muar, Melaka banjir kilat
AYER KEROH 20 Jun- Hujan lebat sejak awal pagi tadi membuatkan beberapa kawasan di Muar dan Melaka dilanda banjir kilat.
Menurut satu kenyataan Pusat Kawalan Daerah (DCC) Muar, berkata beberapa jalan utama dinaiki air antaranya Jalan Bakri Batu 9, Jalan Bakri Batu 10, Kampung Sabak Awor dan Taman Bakariah.
Justeru, Jabatan Bomba Penyelamat Muar dan Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) Muar telah digerakkan untuk memantau dan bersiap sedia menghadapi apa jua kemungkinan.
Sementara itu, di Melaka, beberapa kawasan turut dinaiki air berikutan hujan lebat yang berlarutan sejak awal pagi tadi.
Mengikut gambar dan rakaman video yang tular di media sosial antara beberapa kawasan yang dilanda banjir kilat termasuklah Jalan Ong Kim Wee, Kampung Pengkalan Rama, Tengkera, Bandar Baru Sungai Udang dan beberapa kawasan di Banda Hilir.
Views:
Related
Berita Lain
LARUT MALAM DI MUZIUM MELAKA SANGAT BERMAKNA
BANDA HILIR 5 Januari - Sudah namanya negeri bersejarah, tentu sekali pengunjung tidak melepaskan peluang untuk melawat ke muzium-muzium sempena...
MENARA TAMING SARI LEBIH ‘MENDUNIA’ 2025
BANDA HILIR 5 Januari - Produk pelancongan, Menara Taming Sari terus mendapat sambutan hangat pengunjung pada program Melaka Bila Larut...
1,142 NIKMATI ‘CRUISE LARUT MALAM’ RM10
BANDARAYA MELAKA 5 Januari - Melaka River Cruise merekodkan kehadiran 1,142 pengunjung bersempena program Melaka Bila Larut Malam edisi pertama...
ZOO MELAKA BUKA TIRAI 2025 DENGAN SAMBUTAN HEBAT
AYER KEROH 5 Januari - Zoo Melaka kekal menjadi antara destinasi pilihan pada program Melaka Bila Larut Malam edisi pertama...
NAHAS KM 204: RIM TAYAR LORI ‘HILANG’ DITEMUI DI TANGKAK
ALOR GAJAH 5 November - Komponen rim dipercayai milik lori yang tayarnya tercabut dan menjadi punca nahas di Kilometer 204...
PRODUK PELANCONGAN PPSPM JADI PILIHAN LARUT MALAM
BANDARAYA MELAKA 4 Jun - Dataran Pengkalan Rama dipenuhi pengunjung dari dalam dan luar Melaka bersempena Melaka Bila Larut Malam...