Sorting by

×

MUAFAKAT TINGKAT KECEMERLANGAN ANAK-ANAK LENDU

Masa Membaca:1 Minit, 19 Saat

LENDU 14 Oktober – Majlis Pemuafakatan Pendidikan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu akan ditubuhkan bagi merancang aktiviti dan program yang bermanfaat dalam membantu meningkatkan lagi tahap pencapaian bidang akademik anak-anak dalam DUN berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lendu yang juga Ketua Menteri Melaka Ke-12, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, kerjasama itu akan membabitkan semua pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Japerun, guru, ibu bapa dan juga wakil daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Alor Gajah.

“Apabila diwujudkan kelak, organisasi itu akan berkumpul bagi mencari formula dalam membantu murid dan pelajar untuk mencapai kejayaan lebih cemerlang dalam bidang pendidikan.

“Mesyuarat bagi penubuhan Majlis Pemuafakatan Pendidikan DUN Lendu ini kita akan buat seawal tahun hadapan, kita akan bincangkan mengenai kertas kerja dan pengisian yang bermanfaat untuk anak-anak Lendu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan penutup Karnival Jom Heboh @Seri Terubuk berlangsung di Dewan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Masjid Tanah pada Sabtu.

Hadir sama pada majlis itu Pengerusi JPKK Seri Terubuk, Mohd Khairul Musa dan Timbalan Sektor Pembelajaran PPD Alor Gajah Azlina Kudus.

Whatsapp Image 2024 10 14 At 12.25.33 Pm
SEBAHAGIAN murid dan pelajar sekolah yang mengambil bahagian. Foto Facebook Sulaiman Md Ali

Sulaiman berkata, program melibatkan semua sekolah rendah dan menengah termasuk dua Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang mengambil bahagian dalam aktiviti berunsurkan SMET iaitu Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi.

Turut berlangsung adalah pertandingan masakan lauk kampung, selain keenakan rasa hidangan disediakan, pemarkahan juga mengambil kira pakaian tradisional yang digayakan setiap ahli kumpulan yang mengambil bahagian.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

280
Kongsi :
Previous post MELAKA FATWA GISBH SESAT
Next post 400 DELEGASI BERHIMPUN DI MELAKA, LIMA ACARA BERLANGSUNG SERENTAK
Ubah saiz-+=