
Muafakat Aidiladha masyarakat DUN Tanjung Bidara
TANJUNG BIDARA 18 Jun – Program rogram Ibadah Korban Berkelompok Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) Negeri Melaka di Villa d’Acqua, Kampung Pulau, di sini, berlangsung meriah apabila disertai lebih 500 penduduk kampung.
Program yang merupakan acara tahunan itu dimeriahkan dengan kehadiran Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.
Menariknya, sempena Hari Raya Aidiladha tahun ini, sebanyak 26 ekor lembu telah ditumbangkan di DUN berkenaan.

Permuafakatan masyarakat di Tanjung Bidara jelas kelihatan apabila segenap lapisan usia turut bersama melapah dan membungkus daging korban sebelum diagihkan kepada masyarakat dan asnaf.
Agihan daging korban itu melibatkan 14 cawangan kampung dalam DUN Tanjung Bidara, selain anggota polis di seluruh Negeri Melaka serta Pemuda, Puteri dan Wanita UMNO Bahagian Masjid Tanah.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MANTAI AIDILFITRI DUYONG MERIAH, PELBAGAI BARANGAN DIJUAL MURAH
DUYONG 29 Mac - Seawal jam 6.30 pagi, orang ramai telah memenuhi tapak parkir Masjid Jamek Laksamana Hang Tuah, di...
PENIAGA PUKUL LELAKI DENGAN HELMET DITAHAN, PERSELISIHAN FAHAM ATAS JALAN JADI PUNCA
PAYA RUMPUT 29 Mac - Perselisihan faham di atas jalan raya dipercayai menjadi punca seorang lelaki dipukul dengan topi keledar...
ALOR GAJAH BERSERI, LAMPU RAYA SAMBUT KEPULANGAN PERANTAU
ALOR GAJAH 29 Mac - Daerah Alor Gajah kini semakin bersinar dengan pemasangan lampu hiasan yang menerangi kawasan utama bagi...
BERAS MELAKA MULA DIPASARKAN APRIL
MERLIMAU 29 Mac - Beras putih tempatan yang dikeluarkan Kerajaan Negeri dan dikenali sebagai Beras Melaka akan mula berada di...
RAKAM VIDEO KEMALANGAN SAMBIL MEMANDU, SAMAN MENANTI
AYER LIMAU 29 Mac - Pemandu yang gemar merakam kejadian kemalangan untuk ditularkan di media sosial ketika mengendalikan kenderaan di...
PEMERIKSAAN KETAT BAS EKSPRES DI DEPOH DAN TERMINAL
AYER LIMAU 29 Mac - Bas ekspres beroperasi sepanjang musim perayaan Aidilfitri akan melalui pemeriksaan sebanyak dua kali iaitu di...