MU sah kekal di Liga Super musim depan

Masa Membaca:53 Saat

MELAKA 3 Okt. – Melaka United (MU) berjaya mengesahkan tempat untuk beraksi di saingan Liga Super musim depan, meski pun masih berbaki dua perlawanan.

Ia selepas pasukan di tangga ke-11 liga, Felda United, tewas 0-3 di tangan Terengganu FC (TFC) di Stadium Tun Abdul Razak Jengka, sebentar tadi.

Dalam perlawanan itu, Felda United kendalian Mohd Nidzam Jamil, memerlukan tiga mata penuh untuk menghidupkan peluang kekal di Liga Super, sebelum aksi penutup tirai minggu depan.

Bagaimanapun, segalanya kelihatan serba tak kena buat The Fighters apabila dibolosi seawal minit ke-5 hasil jaringan penyerang import TFC, Dominique Da Silva, sebelum Shanjar Shaakhmedov dan Lee Tuck menggandakan jaringan pada minit ke-37 dan 65.

Dengan kekalahan itu, Felda United kekal di tangga ke-11 Liga Super dengan mengutip tujuh mata dengan baki hanya satu perlawanan lagi.

Melaka United yang kini di tangga ke-8 liga dengan mengutip 11 mata pula masih berpeluang memperbaiki kedudukan dalam baki dua perlawanan lagi.

Isnin ini, skuad Hang Tuah bakal ditentang Kedah untuk aksi ke-10 Liga Super yang dijadual berlangsung di Stadium KLFA Cheras.

Views:

793
Kongsi :
Previous post COVID-19: Satu kematian direkodkan
Next post HSN peringkat Negeri Melaka ditangguhkan
Ubah saiz-+=