MTSB sasar 100,000 pengunjung bermula Jun hingga 31 Disember
AYER KEROH 16 Jun – Menara Taming Sari Berhad (MTSB) menyasarkan 100,000 pengunjung bakal menaiki menara tersebut bermula Jun hingga 31 Disember ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azlan Abidin berkata, lebih 2,000 pengunjung direkodkan pada hujung minggu lalu, di mana seramai 1,100 pengunjung pada hari Sabtu dan 1,000 pengunjung pada hari Ahad.
“Sebanyak 90 peratus adalah pengunjung tempatan dan 10 peratus dari luar negara.
“Jumlah ini menunjukkan respon positif, pengunjung tidak perlu risau kerana pihak MTSB sentiasa melakukan kerja-kerja sanitasi dari semasa ke semasa demi keselamatan mereka,” katanya kepada MHI.
Azlan berkata, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), MTSB hanya membenarkan seramai 33 pengunjung menaiki menara bagi mengekalkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
“Dari jumlah biasa menara ini memuatkan seramai 66 pengunjung, tetapi kita hadkan separuh saja supaya penjarakan sosial dapat diutamakan.
“Pengunjung yang menetap di Melaka akan mendapat potongan 50 peratus sehingga 31 Disember ini, manakala dari luar Melaka dapat potongan 20 peratus bermula hari ini sehingga Ogos depan,” katanya.
MTSB juga menawarkan cabutan bertuah PKPP di mana setiap pembelian tiket pengunjung berpeluang membawa hadiah utama televisyen berukuran 70 inci.
Views:
Related
Berita Lain
SEEKOR LEMBU ‘DITUMBANGKAN’, TOK SIDANG ‘MEREWANG’ UNTUK KENDURI RAKYAT
BANDA HILIR 30 Disember - Lebih 150 Sidang Kampung ‘merewang’ menyediakan pelbagai hidangan percuma untuk orang ramai pada program Kenduri...
REBAT HINGGA 2027 TARIK MINAT SYARIKAT PENERBANGAN BEROPERASI DI LTAM
SERI NEGERI 30 Disember - Inisiatif Network Development Programme (NDP) yang bakal dilancarkan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) bakal merancakkan...
PENERBANGAN SINGAPURA-MELAKA DAPAT SAMBUTAN HEBAT
SERI NEGERI 30 Disember - Penerbangan Singapura-Melaka-Singapura di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) yang dimulakan syarikat tambang rendah milik Singapore...
8,455 PENUMPANG TIBA DI LTAM SEJAK 23 OKTOBER
SERI NEGERI 30 Disember - Pembukaan semula Lapangan Terbang Antarabangsa (LTAM) Batu Berendam menerusi penerbangan syarikat tambang rendah milik Singapore...
MELAKA BERSELAWAT TERIMA SAMBUTAN LUAR JANGKAAN
BANDA HILIR 30 Disember - Penganjuran majlis ilmu Melaka Berselawat bersempena Ambang Tahun Baharu 2025 mendapat sambutan luar jangkaan selepas...
50,000 MERIAHKAN MELAKA BERSELAWAT
BANDA HILIR 29 Disember - Penganjuran Melaka Berselawat akan dijadikan sebagai acara tahunan, sekali gus menyuburkan lagi syiar Islam di...