MTSB edar lebih 1,600 bubur lambuk sepanjang Ramadan

Masa Membaca:57 Saat

BANDA HILIR 6 April – Menara Taming Sari Berhad (MTSB) mengedarkan lebih 1,600 bubur lambuk sepanjang Ramadan tahun ini.

Pengurus Pemasaran dan Korporat MTSB, Mohd Husni Husin berkata pihaknya melaksanakan edaran bubur lambuk kepada orang ramai setiap hari Jumaat sepanjang Ramadan ini.

Katanya, dua minggu pertama Ramadan MTSB bekerjasama dengan Adabi Melaka bersama-sama memasak menyediakan 800 bubur lambuk dan jumlah sama disediakan memasuki dua minggu terakhir Ramadan dengan kerjasama Pengurusan Uptown Pahlawan Walk.

“Setiap tahun MTSB akan membuat edaran bubur lambuk, namun konsep dan kaedahnya berubah mengikut kesesuaian pada tahun-tahun berikut.

“Selain edaran bubur lambuk, antara aktiviti lain yang turut mendapat sambutan menggalakkan adalah program tazkirah ringkas di atas menara, ramai juga kumpulan yang minta aktiviti tersebut diteruskan dan kita akan pertimbangkan.

“Selain itu, sepanjang Ramadan ini juga kita melaksanakan penyerahan kuih raya, sumbangan raya kepada semua kakitangan dan kita harapkan pelbagai lagi penambahbaikan akan dilakukan dari masa ke semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini ketika ditemui pada Program Edaran Bubur Lambuk MTSB di sini, semalam.

Pada program ringkas itu sebanyak 400 bungkus bubur lambuk telah diedarkan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

77
Kongsi :
Previous post MTSB tawar Pakej kombo dan tiket ‘fast lane’ Aidilfitri ini
Next post Bekalan bawang dijamin cukup, harga terkawal
Ubah saiz-+=