Sorting by

×

MTQN cungkil bakat anak yatim

Masa Membaca:57 Saat

JASIN 23 Ogos – Majlis Tilawah Al-Quran Dan Nasyid (MTQN) Negeri Melaka 2024 mampu menjadi medan mencungkil bakat anak-anak yatim untuk mewakili Melaka ke peringkat kebangsaan.

Pengurus Kompleks Anak Yatim Fatimah Al-Zaharah (KAYFAZ), Hariaty Mansor berkata, wakil daripada empat rumah kebajikan Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM) mengambil bahagian dalam pertandingan berlangsung pada 11 dan 18 Ogos lalu.

“Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Daerah (PYAKID) Jasin, dipilih selaku tuan rumah bagi pertandingan peringkat negeri tahun ini. Juara setiap kategori akan ke pertandingan peringkat kebangsaan dijadual berlangsung di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada Januari 2025.

“Antara rumah anak yatim yang terlibat di bawah PEYATIM adalah KAYFAZ; Rumah Anak Yatim Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah (RAYSAS); Lembaga Pengurusan dan Kebajikan Anak Yatim Miskin (PAYASUM) dan PYAKID Jasin.

“Peserta mengambil bahagian berusia 8 hingga 17 tahun, mereka akan berentap dengan wakil daripada 65 buah pertubuhan kebajikan di bawah PEYATIM pada tahun hadapan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Tambahnya, antara kategori dipertandingan pada penganjuran MTQN adalah azan, hafazan, syarahan Bahasa Melayu, syarahan Bahasa Inggeris, deklamasi sajak, tilawah Al-Quran, berzanji dan nasyid.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

67
Kongsi :
Previous post Raptai Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Melaka berjalan lancar
Next post Regu takraw lelaki Melaka raih emas
Ubah saiz-+=