MTEX: Pemain industri giat promosi tarik pelancong

Masa Membaca:2 Minit, 6 Saat

HAT YAI 19 Februari –  Pemain industri pelancongan Melaka terus memanfaatkan Program MATTA Travel Business Exchange (MTEX) di sini dengan mempergiatkan promosi dalam memasarkan produk dan destinasi menarik Melaka kepada rakyat Thailand.

Program yang dijalankan selama tiga hari di negara Gajah Putih itu bermula pada 14 Februari dan berakhir pada 17 Februari lalu.

Pengerusi Penganjur MTEX, Halimah Ahmad berkata rata-rata kesemua pemain industri yang mengikuti misi MTEX tersebut memberi maklum balas positif dan optimis dalam menarik lebih ramai pelancong ke Melaka.

“Ramai pemain industri di Thailand tidak didedahkan dengan maklumat mengenai pelbagai lokasi menarik di Melaka.

“Jadi apabila ada program seumpama ini, mereka boleh terus jumpa wakil produk pelancongan untuk membuat penawaran khusus, sekaligus memberi nilai tambah juga kepada kita,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

24F06EC5-2F6F-4008-8834-6F9606D3D6B4
HALIMAH

Dalam pada itu, wakil Melaka River Cruise (MRC), Pegawai Perniagaan Jabatan Perbadanan Pembangunan Sungai Dan Pantai Melaka (PPSPM), Mohd Fitri Syah Banan berkata pihaknya berjaya menarik lebih 30 pemain industri pelancongan Thailand yang hadir.

“Boleh dikatakan menerusi MTEX ini, lebih 30 ejen yang datang dan menunjukkan minat untuk meletakkan MRC dalam pakej mereka.

“Kesemua ‘flyers’ dan patung Sigua kita bawa sebagai cenderahati juga habis buat mereka pemain industri yang menunjukkan minat terhadap produk ikonik pelancongan Melaka ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

B33B681D-5915-48D7-9114-892BB78DA237
NIK Zaiman

Nada sama turut disuarakan Ketua Eksekutif Bens Maju Servis yang mengusahakan Bukit Batu Lebah, Nik Zaiman Peei mengenai misi MTEX yang dilihat mampu menarik lebih ramai ke produk pelancongan baharu Melaka itu.

“Sebenarnya, saya agak terkejut Bukit Batu Lebah merupakan antara lokasi yang terkenal dalam kalangan pelancong Thailand juga walaupun ianya baharu.

“Ada pemain industri yang memaklumkan, trend di Thailand sekarang orang muda lebih mencari lokasi pelancongan untuk beriadah, berkhemah serta sukan lasak, sekaligus saya kata semuanya boleh dilakukan di Bukit Batu Lebah dan mereka tertarik untuk lakukan penawaran,” jelasnya.

B595DAF5-EF20-48C5-8935-99A8A1563292
FARID Muhmad

Seorang lagi pemain industri dari Connection Project Tour Sdn Bhd, Farid Muhmad berkata misi MTEX yang disertainya kali ini disifatkan sebagai ‘rebut peluang’ dalam kalangan ejen pelancongan.

“Pandangan saya, menerusi MTEX Hat Yai, selain dapat menarik lebih ramai pelancong dari Selatan Thailand, ia juga memperkenal produk pelancongan baharu negeri.

“Ianya kerana pelancong sini (Thailand) jarang datang ke Melaka dan apabila sebut Malaysia mereka pergi ke Pulau Pinang dan Kuala Lumpur sebab kurang info mengenai apa ada di Melaka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1631
Kongsi :
Previous post Majlis Apresiasi SK Ujong Pasir iktiraf kejayaan murid
Next post Tasik Ayer Keroh, antara lokasi jadi tumpuan pelancong
Ubah saiz-+=