MTA angkat keunikan kebaya

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

AYER KEROH 12 Oktober – Kisah keunikan kebaya yang menjadi busana dalam kalangan komuniti Baba dan Nyonya sejak 600 tahun lalu dikongsi Persatuan Pelancongan Negeri Melaka (MTA) menerusi Program Kisah Kebaya ‘Evolusi Busana Merentas Sempadan’.

Presiden MTA, Madelina Wey Lee Kuah berkata, penganjuran program selama tiga hari bermula 12 hingga 14 Oktober itu adalah hasil usaha pihaknya bersama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (Motac) serta Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Melaka.

WhatsApp Image 2021-06-30 at 17.37.30
PRESIDEN MTA, Madelina Wey Lee Kuah

“Program ini berlangsung di Kompleks JKKN Melaka, ia merupakan satu festival yang unik kerana memaparkan perjalanan (evolusi) busana kebaya yang menjadi antara bentuk kebudayaan bukan sahaja dalam kalangan komuniti Baba dan Nyonya malah sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi.

“MTA berharap ini menjadi satu daripada inisiatif dalam membina aspirasi terhadap usaha melestarikan busana kebaya,” katanya.

Menurutnya, Program Kisah Kebaya ‘Evolusi Busana Merentas Sempadan’ juga bertujuan mengembalikan kemasyuran busana kebaya sebagai budaya dalam berpakaian yang begitu popular di seluruh gugusan Nusantara.

“Secara tidak langsung juga MTA ingin membantu kerajaan membina satu daripada jaringan produk baharu dalam sektor pelancongan budaya menjelang Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM24),” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3695
Kongsi :
Previous post Zon Motosikal elak kemalangan di lampu isyarat
Next post Panorama Melaka galak urusniaga tanpa tunai
Ubah saiz-+=