Sorting by

×

MSN MELAKA 2024 CATAT JUMLAH PENGUNJUNG TERTINGGI

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

LENDU 29 Oktober – Penganjuran Minggu Sains Negara (MSN) 2024 Peringkat Negeri Melaka mencatatkan jumlah pengunjung tertinggi dengan angka lebih 23,000 orang.

Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan menyifatkan ia sebagai petanda bahawa rakyat Melaka terutamanya anak muda kian meminati program berasaskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM).

“MSN 2024 Peringkat Negeri Melaka mencatatkan lebih 23,000 pengunjung dan peserta, menjadikan Melaka sebagai negeri catat angka tertinggi berbanding negeri-negeri lain.

“Ini merupakan petanda baik dan membuktikan bahawa rakyat Melaka terutamanya anak muda, telah menunjukkan minat terhadap sains dan inovasi,” jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas menghadiri perasmian MSN 2024 Peringkat Negeri Melaka di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Alor Gajah yang disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, di sini, hari ini.

Ujarnya, Kerajaan Negeri menerusi portfolionya akan terus memastikan pembangunan program berkaitan STEM akan terus diperhebat dalam mengasah bakat anak muda tempatan.

“Sebagai contoh di MSN 2024 Peringkat Negeri Melaka, kita berjaya hasilkan seorang pemenang dalam pertandingan paper plane yang berjaya pecahkan rekod kebangsaan dalam kategori jarak terjauh, tahun lepas juga Melaka berjaya mendapat tempat dalam pertamdingan Techlympics peringkat kebangsaan.

“Jadi sebenarnya di Negeri Melaka sendiri ada kumpulan yang berbakat, cuma kelompok guru, ibu bapa perlu main peranan untuk gilap bakat anak murid serta anak masing-masing,” tambahnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

203
Kongsi :
Previous post JENTIK MINDA ANAK MUDA, CETUS IDEA HASILKAN LEBIH BANYAK INOVASI
Next post PENGANJURAN MINGGU SAINS NEGARA 2024 MEMBANGGAKAN – KM
Ubah saiz-+=