
MRC sasar 300,000 pengunjung hingga Disember
BANDA HILIR 10 Julai – Melaka River Cruise (MRC) menyasarkan seramai 300,000 pengunjung menaiki bot tersebut sehingga hujung tahun ini.
Pengurus Pentabiran Sumber Manusia MRC, Khairunnisa Ibno Masooda berkata, sasaran itu berikutan jumlah pengunjung yang direkodkan mencecah 20,000 pada setiap hujung minggu.
“Dari mula operasi 12 Jun lalu sehingga semalam (Khamis) hampir 25,000 pengunjung telah menggunakan khidmat MRC.
“Untuk bulan Jun saja seramai 13,000 pengunjung, manakala pada bulan Julai dalam masa lapan hari kita catat seramai 11,800 pengunjung,” katanya kepada MHI.
Katanya, pengunjung diberikan tawaran istimewa dengan promosi diskaun sebanyak 20 peratus dan ‘cash rebate’ 20 peratus.
“Pelanggan yang nak datang naik bot boleh beli tiket melalui aplikasi ‘Melaka eXcess’ dan nikmati tawaran promosi diberikan.
“Promosi sehingga hujung tahun ini, tetapi tiket boleh digunakan sehingga 2023,” katanya.
Khairunnisa berkata, unit pemasaran MRC juga turut membuat hebahan berkaitan diskaun yang ditawarkan di sekitar lokasi pelancongan.
“Sasaran utama kita pelancong di Melaka, selain negeri berdekatan seperti Johor Bahru, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur,” katanya.
Views:
Related


Berita Lain
KES BUNUH WANITA DAN ANAK SAUDARA, POLIS RAKAM KETERANGAN LIMA SAKSI
KUALA LUMPUR 27 April - Lima saksi termasuk jiran serta ahli keluarga seorang wanita dan anak saudaranya yang ditemukan mati...
BERAYA DI DUYONG JADI TRADISI RAKYAT SETIAP TAHUN
DUYONG 27 April - Jamuan Raya Tak Rileks@DUYONGKita membuktikan bahawa penganjuran itu bukan sekadar majlis untuk bersama-sama meraikan Aidilfitri bukan,...
BUKTIKAN ANDA JUGA BOLEH BERJAYA – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 27 April - Percaya kepada diri sendiri, bersemangat untuk terus belajar, menerima nasihat dan sentiasa berusaha memperbaiki diri...
MELAKA KOMITED MENCORAK PEMIMPIN MUDA BERWIBAWA
TANJUNG BIDARA 27 April - Melahirkan lebih ramai pemimpin muda berwibawa dan kaya dengan pelbagai idea segar yang mampu memberikan...
‘BUKAN RAYA BIASA’
DUYONG 27 April - Jamuan Raya Tak Rileks@DUYONGKita membuktikan bahawa suasana Hari Raya Aidilfitri bukan sekadar satu acara biasa, tetapi...
LALUAN SEHALA DI PEKAN DURIAN TUNGGAL
DURIAN TUNGGAL 27 April - Pekan Durian Tunggal akan menjadi laluan sehala dalam usaha mengatasi masalah kesesakan trafik yang sudah...