
MPP UiTM Melaka anjur kempen derma darah
PENGKALAN BATU 22 Sept. – Seramai 20 peserta Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Melaka telah menyertai Program Derma Darah #MPPPrihatin diadakan di Hospital Melaka, baru-baru ini.
Yang Dipertuanya Raihan Nabeela Zamiruddin berkata, program yang dianjurkan persatuan pelajar itu memberi galakan anak muda khususnya pelajar universiti terbabit menjalankan kerja amal berkenaan.
Katanya, program julung kali diadakan menerusi kerjasama HM itu mampu menyuntik kesedaran tentang kepentingan menderma darah dalam kalangan mahasiswa universiti terbabit.
“Program yang diadakan ini sekali gus membuka jaringan baharu antara UiTM Alor Gajah dan pihak Hospital Melaka dalam membuka mata orang ramai membantu meningkatkan bekalan darah yang terdapat di hospital itu.
“Terima kasih atas kerjasama yang diberikan buat Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Melaka dan kami yakin melalui pendekatan ini sekali gus mampu mencari pelapis penderma darah baharu bagi menggantikan penderma sedia ada yang kebanyakkannya disertai golongan berumur,” katanya.
Views:
Related


Berita Lain
WTD, WTC 2025: MELAKA PERKENAL PAKEJ KHAS PELANCONGAN
SERI NEGERI 28 April - Pakej khas pelancongan akan diperkenalkan Kerajaan Negeri pada sesi pra pelancaran Hari Pelancongan Sedunia (WTC)...
TAK SEMPAT TAMATKAN PERLUMBAAN DI LITAR, GURU DISAHKAN MAUT AKIBAT SERANGAN JANTUNG
DURIAN TUNGGAL 28 April - Seorang guru lelaki disahkan meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan, kira-kira lima jam selepas mengalami...
MELAKA SASAR JADI PUSAT RUJUKAN TVET NEGARA – AB RAUF
SERI NEGERI 28 April - Melaka menyusun strategi bagi mencapai hasrat menjadikan negeri ini sebagai Pusat Pendidikan dan Latihan Teknikal...
PUSAT SEHENTI HUBUNGKAN USAHAWAN MELAKA
SERI NEGERI 28 April - Kerajaan Negeri mewujudkan Pusat Sehenti Usahawan (OSCE) di Aras 5, Bangunan Pusat Transformasi Bandar (UTC)...
12 TUNJANG KELESTARIAN MELAKA – KM
SERI NEGERI 28 April - Sebanyak 12 tumpuan digariskan Kerajaan Negeri bagi merencana kelestarian pembangunan Melaka. Ketua Menteri Datuk Seri...
‘JANGAN CUBA-CUBA NIKAH SINDIKET’
SERI NEGERI 28 April - Lelaki Muslim di negeri ini yang bercadang untuk berpoligami diberi amaran supaya tidak menggunakan khidmat...