
MPJ terima 30 MyKiosk
JASIN 29 Mac – Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menerima sebanyak 30 unit MyKiosk daripada Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk disewakan kepada peniaga dan penjaja kecil sekitar daerah itu.
Setiausaha MPJ, Muhammad Zahiruddin Mohd Zahari berkata, kemudahan MyKiosk itu dijangka ditawarkan untuk sewaan pada harga antara RM100 hingga RM150 sebulan.
Katanya, MyKiosk berkenaan akan ditempatkan di Japerun untuk disewakan kepada peniaga atau penjaja yang memiliki lesen perniagaan sah daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
“Peruntukan kemudahan itu adalah bagi tahun 2023 dan setakat ini 10 unit MyKiosk ditempatkan di Bemban dan masing-masing lima di Serkam, Merlimau dan Sungai Rambai,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Muhammad Zahiruddin berkata, MPJ kini dalam usaha untuk memohon lebih banyak MyKiosk bagi ditempatkan dalam kawasan pentadbirannya, sekali gus menyediakan tapak perniagaan lebih selamat.
“Bagi 2024 MPJ ada membuat permohonan untuk mendapatkan MyKiosk ini untuk ditempatkan sekitar Rim dan Asahan, namun perkara ini masih pada peringkat perbincangan,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...
19 PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KOTA MELAKA PAMER KEMAHIRAN DANDAN RAMBUT
BANDA HILIR 21 April - Seramai 19 pelajar Diploma Dandanan Rambut Kolej Komuniti Kota Melaka mempamerkan kemahiran dandanan rambut, solekan...
POLIS MELAKA KOMITED BANTERAS SINDIKET MINTA SEDEKAH, JUAL KEREPEK
AYER KEROH 21 April - Polis Melaka komited membanteras sindiket meminta sedekah dan menjual kerepek khususnya di kaki lima bank...
JALAN BAHARU TAMBAK PAYA KE LEBUH AMJ STRATEGI PENYURAIAN TRAFIK
AYER MOLEK 21 April - Jalan pintas baharu dianggarkan sejauh tiga kilometer (km) menghubungkan Tambak Paya dan Lebuh Alor Gajah-Melaka...
MELAKA REKOD 666 KES PENIPUAN DALAM TALIAN, KERUGIAN RM19.52 JUTA
REMBIA 21 April - Melaka merekodkan kerugian berjumlah RM19.52 juta yang melibatkan 666 kes penipuan dalam talian bagi tempoh 1...
AMENG SPRING BAKAL MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN TABOH NANING
TABOH NANING 22 April - Penyanyi lelaki popular, Ameng Spring bakal memeriahkan lagi sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri...