Sorting by

×

MPJ RAI, SANTUNI ANAK YATIM DI BULAN MULIA

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

JASIN 21 Mac – Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menyantuni hampir 50 anak yatim sekitar daerah ini\menerusi Program Kasih Mu Ramadan Mewarnai Syawal Bersama Anak Syura di sebuah pasaraya, di sini, pada Selasa.

Yang Dipertua MPJ Mohd Shaiful Hizam Johan berkata, kesemua anak yatim terbabit telah di bawa ke pasaraya terbabit dan diberi peluang memilih baju raya mengikut citarasa mereka.

Katanya, program yang memasuki tahun kedua tersebut merupakan anjuran bersama MPJ dan Syarikat Xinyi Energy Smart.

“Hampir 50 orang penerima sumbangan terdiri daripada anak-anak yatim di dalam kawasan MPJ kita santuni dan belanja mereka baju raya.

“Semoga program yang dianjurkan dan sumbangan disalurkan dapat membantu menceriakan meraka pada pagi 1 Syawal nanti,” katanya kepada Melaka Hari Ini ketika ditemui di Dataran Vista Alamanda (DVA).

Mohd Shaiful Hizam berkata, pihaknya telah melaksanakan pelbagai program membabitkan aktiviti kerohanian dan insaniah melibatkan masyarakat setempat sepanjang Ramadan ini.

Beliau turut mengingatkan kepada orang ramai yang mahu pulang ke kampung halaman supaya mementingkan asek keselamatan terutama dengan memastikan semua suis elektrik dimatikan.

“Kepada yang memandu atau menunggang pula sentiasa berwaspada, berhati-hati sepanjang berada di jalan raya dan selamat menyambut lebaran bersama keluarga tersayang,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

Kongsi :
Previous post MELAKA PERKASA LIMA TERAS BAGI KEMAJUAN PELANCONGAN NEGERI
Next post SEORANG MAUT, LIMA CEDERA DALAM KEBAKARAN RUMAH SEWA DUA TINGKAT