
MPJ LUPUS PAPAN TANDA USANG, GIAT INDAHKAN JASIN
JASIN 9 April – Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) giat memperindah dan membersihkan kawasan pentadbirannya di sekitar Jasin.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) Mohd Shaiful Hizam Johan berkata, antara yang dilaksanakan adalah kerja menatarias, mengindahkan serta menceriakan kawasan sekitar.
Katanya, ia bertujuan untuk memastikan kawasan Jasin sentiasa bersih dalam usaha memacu Jasin sebagai kawasan indah, bersih dan lestari.
“Pada masa sama, Jabatan Kejuruteraan (JKJ) MPJ telah menjalankan kerja membuka dan melupuskan papan tanda yang usang serta rosak dalam Daerah Jasin.
“Kebanyakan papan tanda yang rosak ini adalah papan tanda arah dan kedudukan di pembahagi jalan.
“Usaha ini sedikit sebanyak dapat mengekalkan kebersihan sekali gus menambah baik aspek pemandangan kepada pengguna jalan raya,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Mengulas lanjut, Mohd Shaiful Hizam berkata, usaha berterusan pihaknya itu turut dilakukan oleh kakitangan Jabatan Landskap dan Perkhidmatan Bandar (JLPB) MPJ.
“Kakitangan JLPB MPJ turut giat menjalankan kerja menatarias dan mengindahkan kawasan sekitar Jasin.
“Kerja-kerja ini bukan sahaja dilakukan menjelang musim perayaan, ia sering dilakukan untuk memastikan Jasin kekal ceria dan selesa,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAPEX 2025 TAWAR RUMAH SERENDAH RM99,000 UNTUK ORANG MELAKA
AYER KEROH 17 April - Pelbagai jenis rumah dan hartanah pada harga serendah RM99,000 ditawarkan di Ekspo Perumahan dan Hartanah...
ZOO MELAKA SAMBUT KELAHIRAN HARIMAU KUMBANG JANTAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menerima kehadiran 'ahli baharu' selepas seekor harimau kumbang jantan selamat dilahirkan, baru-baru ini....
92 MURID, PELAJAR BERENTAP PADA KEJOHANAN GOLF MSSNM
AYER KEROH 17 April - Seramai 92 peserta mewakili 41 buah sekolah rendah dan menengah berentap pada Kejohanan Golf Majlis...
HARGA TIKET ZOO MELAKA DITURUNKAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menurunkan harga tiket ke taman haiwan itu sepanjang tahun ini. Yang Dipertua Majlis...
MENARA TAMING SARI KEKAL DINAMIK SELEPAS 17 TAHUN
BANDA HILIR 17 April - Selepas 17 tahun ditubuhkan reputasi Menara Taming Sari sebagai ikon pelancongan utama Melaka perlu dikekalkan...
TAMAN TEMA SALJI MERCU PELANCONGAN BAHARU MELAKA
AYER KEROH 17 April - Taman Tema Salji yang pertama di Malaysia kini beroperasi di Melaka, sekali gus menjadi satu...