
MPJ lulus sembilan bazar Ramadan, dua bazar Aidilfitri di Jasin
AYER KEROH 18 Mac – Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) meluluskan sembilan bazar Ramadan dan dua bazar Aidilfitri dalam kawasan pentadbirannya bagi Ramadan tahun ini.
Yang Dipertuanya, Rosemanizam Mohammed Nalif berkata, berbanding tahun lalu pihaknya cuma meluluskan tujuh lokasi bazar Ramadan tanpa ada sebarang penganjuran bagi bazar Aidilfitri.
“Kita menyediakan sebanyak 360 tapak niaga melibatkan sembilan bazar Ramadan, manakala 72 tapak perniagaan pula bagi bazar Aidilfitri di Merlimau Night Market, Bandar Baru Merlimau Utara,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini (MHI) di sini.
Terdahulu MPJ telah mengadakan perjumpaan bersama penganjur bazar Ramadan dan Aidilfitri tahun 2023 daerah Jasin di Bilik Mesyuarat Utama Vista Alamanda MPJ, kelmarin.
Pada perjumpaan itu turut diadakan taklimat berhubung pematuhan garis panduan seperti kebersihan, keselamatan makanan, pelaksanaan ‘cashless’ membabitkan pelbagai agensi berkaitan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LELAKI DIKHUATIRI LEMAS DI LAMAN TIGA BUDAYA
ASAHAN 31 Mac - Seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika sedang mandi-manda bersama tiga lagi rakannya dalam kejadian di air terjun...
85 JUADAH DIHIDANGKAN DI SAMBUTAN AIDILFITRI MADANI MELAKA
BUKIT PALAH 31 Mac - Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Madani 2025 peringkat kebangsaan yang diadakan di Melaka pada 5 April...
DUN PAYA RUMPUT BUKA TIRAI RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MELAKA
PAYA RUMPUT 31 Mac - Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput akan menjadi DUN pertama membuka tirai penganjuran Rumah Terbuka...
‘BAKSO TIPAH’ JUADAH ISTIMEWA AIDILFITRI KAMPUNG ORANG ASLI BUKIT PAYUNG
ALOR GAJAH 31 Mac - Setiap kali tibanya Syawal, masyarakat Orang Asli di Kampung Bukit Payung tidak terkecuali daripada kemeriahan...
RAMADAN, SYAWAL TERINDAH BUAT NUR HAURA JANE
KESIDANG 31 Mac - Pengalaman pertama kali berpuasa dan menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini memberi pengalaman amat indah buat...
PENIAGA BAZAR IKONIK BANDA HILIR UCAP TERIMA KASIH KEPADA KETUA MENTERI
BANDA HILIR 31 Mac - Meskipun keputusan Kerajaan Negeri memindahkan tapak penganjuran Bazar Aidilfitri Jalan Hang Tuah ke Banda Hilir...