
MPJ lancar Operasi Sitaan Cukai Taksiran kesan pemilik premis
JASIN 11 Oktober – Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) giat mengesan pemilik premis yang gagal melunaskan tunggakan cukai taksiran bagi tahun ini.
Yang Dipertua MPJ, Rosemanizam Mohammed Nalif berkata, secara keseluruhan jumlah tunggakan cukai taksiran direkodkan setakat September adalah berjumlah RM5.5 juta.
Jelasnya, daripada jumlah itu sebanyak RM1.094 juta sudah berjaya dikutip dan kini baki tunggakan adalah RM4.4 juta.
“Justeru itu bagi memastikan pemilik ini melaksanakan tanggungjawab mereka, MPJ menjalankan Operasi Sitaan Cukai Taksiran terhadap premis yang didapati tidak membuat pembayaran sepatutnya.
“Sepanjang tahun ini kami sudah mengadakan dua operasi dilaksanakan Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta (JPPH) dengan kerjasama Jabatan Penguatkuasaan MPJ,” katanya.
Menurutnya, dalam operasi terbaharu pada Sabtu, pihaknya mengeluarkan 18 notis sitaan ke atas pegangan yang mempunyai tunggakan cukai taksiran.
“Sehubungan itu kita amat berharap penduduk Jasin khususnya pemegang cukai taksiran melunaskan cukai taksiran pada setiap penggal atau tahunan bagi mengelakkan tunggakan dan dikenakan tindakan undang-undang,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...