
MPJ keluar 88 notis kesalahan terhadap pemilik anjing
JASIN 30 Mei – Sebanyak 88 notis kesalahan boleh dikompaun (NKDK) dikeluarkan terhadap pemilik anjing peliharaan di daerah Jasin bermula Januari hingga April 2024 yang lalu.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Mohd Shaiful Hizam Johan berkata, tindakan itu dilakukan Jabatan Landskap dan Perkhidmatan Bandar (JLPB) MPJ menerusi Operasi Kawalan Anjing Terbiar.
“MPJ menerusi JLPB melaksanakan pemantauan berkala dari semasa ke semasa bagi mengatasi masalah anjing terbiar yang sering menjadi ancaman dan kebimbangan dalam kalangan masyarakat setempat.
“Baru-baru ini kita menangkap enam ekor anjing terbiar semasa operasi berkenaan dijalankan di Taman Hajah Yon, Taman Kesang Indah dan Taman Selandar Jaya,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Menurut Mohd Shaiful Hizam, pemilik anjing peliharaan diberikan notis pemberitahuan kesalahan sebelum dikenakan tindakan kompaun.
“Notis pemberitahuan kesalahan akan dikeluarkan kepada pemilik anjing dan tindakan kompaun akan diberikan sekiranya pemilik masih tidak mematuhi syarat,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
IBU DAN ANAK CEMAS, JARI TERSEPIT RANTAI BASIKAL
MERLIMAU 12 April - Seorang ibu dan anak lelakinya berusia 6 tahun berdepan detik cemas apabila jari telunjuk mereka tersepit...
CURI MOTOSIKAL UNTUK BELI DADAH, TIGA SEKAWAN DICEKUP
BEMBAN 12 April - Hajat tiga sekawan untuk membeli dadah selepas mencuri sebuah motosikal Yamaha 125ZR tidak kesampaian apabila kesemua...
DATANG ‘OPEN HOUSE’ ASAHAN BAWA PULANG MOTOSIKAL
ASAHAN 12 April - Sebanyak empat buah motosikal sebagai hadiah cabutan bertuah menjadi antara tarikan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan...
TUN DR. MOHD ALI MERIAHKAN MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI UNIMEL
KUALA LINGGI 11 April - Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Mohd Rustam hadir bagi memeriahkan Majlis Sambutan...
MELAKA ALU-ALUKAN LEBIH RAMAI PELABUR CHINA, MAHU JADI ‘SEMI INDUSTRIAL STATE’
AYER KEROH 11 April - Kerajaan Melaka amat mengalu-alukan kedatangan pelabur yang berpotensi khusus dari China, bagi merancakkan lagi pertumbuhan...
PENIAGA BURGER DIPENJARA TUJUH BULAN KERANA LARIKAN GADIS OKU
MELAKA 11 April - Seorang peniaga burger dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret hari ini,...