
MPJ hantar kontinjen kawad kaki Hari Kebangsaan Melaka
JASIN 16 Ogos – Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menghantar wakil bagi memeriahkan Pertandingan Kawad Kaki pada Majlis Sambutan Ambang Merdeka sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2024 Peringkat Negeri Melaka 30 Ogos ini.
Yang Dipertua MPJ Mohd Shaiful Hizam Johan berkata, seramai 60 kakitangan pelbagai jawatan dan jabatan menyertai pertandingan itu.
“MPJ diberi tanggungjawab sebagai penganjur majlis sambutan ambang merdeka Hari Kebangsaan kali ini yang diadakan di Dataran Orang Kampung, Merlimau.
“Kita perlukan penglibatan semua warga kerja MPJ untuk memastikan majlis ini meriah, memberi kesan signifikan dan positif kepada rakyat serta kepimpinan Kerajaan Negeri.
“MPJ juga akan menghantar seramai 60 kakitangan pelbagai jawatan dan jabatan sebagai kontinjen kawad kaki. Latihan kawad juga diadakan setiap petang sekitar bangunan Vista Alamanda MPJ,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat MPJ Tahun 2024 di Dewan Alamanda MPJ, di sini baru-baru ini.
Pada majlis itu turut diadakan gimik penyerahan Jalur Gemilang oleh Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasaan kepada Mohd Shaiful Hizam dan sesi memasang Jalur Gemilang pada kenderaan rasmi MPJ.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...
