Sorting by

×

MPJ edar 800 helai baju raya percuma hari ini dan esok

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

JASIN 11 April – Lebih 800 helai baju raya percuma disediakan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) pada Program Kongsi Rezeki Ramadan berlangsung di kawasan parkir berhadapan Vista Alamanda, hari ini dan esok.

Yang Dipertua MPJ, Rosemanizam Mohammed Nalif berkata program dua hari itu bertujuan untuk membantu meringankan beban golongan kurang berkemampuan, sekali gus menceriakan sambutan pada pagi 1 Syawal nanti.

Katanya pelbagai jenis pakaian boleh dipilih orang ramai yang singgah ke tapak program berkenaan yang beroperasi dari jam 10 pagi hingga 3 petang.

Jelasnya golongan B40 bukan Muslim juga dialu-alukan untuk datang bagi memilih pakaian percuma yang disediakan.

WhatsApp Image 2023-04-11 at 1.08.04 PM
LEBIH 800 pakaian meliputi semua golongan umur ditawarkan secara percuma buat penduduk sekitar Jasin pada Program Kongsi Rezeki Ramadan anjuran MPJ di Vista Alamanda

“Kita harap penduduk sekitar Jasin yang sedang mencari baju raya untuk sambutan Aidilfitri tidak lama lagi segera ke Vista Alamanda untuk memilih pakaian percuma.

“Terdapat pakaian baharu dan terpakai hasil sumbangan orang ramai. Menerusi program ini kita pulangkan semula pakaian dikumpul kepada masyarakat khusus golongan kurang berkemampuan,” katanya ketika ditemui di tapak program itu, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Rosemanizam berkata program yang memasuki tahun keempat itu turut menawarkan 150 kit makanan kepada 150 pengunjung terawal.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2280
Kongsi :
Previous post 15 pelajar sekolah cedera selepas van dinaiki dirempuh treler balak
Next post Zakat Melaka belanja baju raya
Ubah saiz-+=