Sorting by

×

MPJ ‘ceriakan’ pintu masuk, naik taraf tandas, medan selera

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

JASIN 10 Januari – Kerja ‘menceriakan’ pintu masuk selain menaik taraf tandas awam dan medan selera dijalankan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) mewujudkan suasana segar, nyaman selain memberikan lebih keselesaan kepada pengunjung serta pelancong datang ke negeri ini sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Yang Dipertua MPJ, Rosemanizam Mohammeed Nalif berkata, kerja-kerja itu membabitkan empat pintu masuk ke negeri ini melalui daerah Jasin, tandas awam dan medan selera.

Menurutnya, sebanyak lima pintu masuk ke Melaka melalui Jasin telah diceriakan dengan menjalankan kerja mengindahkan landskap dan memasang lampu yang menyebarkan aura positif dan meningkatkan ‘mood’ pada waktu malam

“Lima pintu masuk ke negeri ini menerusi Jasin yang telah diperindahkan adalah di Chohong, Batang Melaka, Sungai Rambai, sempadan Asahan-Jementah dan Lipat Kajang.

“Sementara itu untuk keselesaan awam, MPJ telah menambah baik kemudahan di 29 tandas awam sekitar Jasin, pengguna tidak dikenakan sebarang bayaran semuanya percuma.

“Inisiatif ini selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri yang mahu tandas-tandas awam berkonsepkan BMW (Bersih,Menarik dan Wangi),” katanya dalam satu sesi wawancara di Vista Alamanda MPJ, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Rosemanizam berkata pihaknya turut menaik taraf medan selera dan laluan pejalan kaki di lokasi tumpuan dengan landskap baharu.

“Kemudahan di medan selera yang sudah lama diganti atau dibaik pulih, laluan pejalan kaki pula dipasang mozek dengan corak menarik.

“Kami turut menambah jumlah tong sampah sekitar Jasin bagi mengelakkan pembuangan sampah-sampah kecil merata-rata,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1444
Kongsi :
Previous post Sigma Replacement Band imbau rock kapak
Next post Hasrat bina masjid baharu Kampung Gangsa
Ubah saiz-+=