MPHTJ RANGKUL ANUGERAH GREEN APPLE ENVIRONMENT AWARD 2024

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

AYER KEROH 27 November – Inisiatif mewujudkan program Duta Hijau dalam meningkatkan kelestarian dan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan menjaga alam sekitar membawa tuah kepada Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ).

Yang Dipertua MPHTJ, Datin Sapiah Haron berkata usaha itu membuahkan hasil apabila MPHTJ berjaya merangkul Anugerah Green Apple Environment Award 2024 atas inisiatif tersebut.

“Anugerah ini disampaikan di Kensington Palace, London pada 18 November yang lalu, namun ia diperkenalkan secara rasmi di MPHTJ pada 26 November (semalam).

“Kemenangan ini sekali gus melayakkan MPHTJ menyertai ‘another level award’ iaitu Anugerah Green World Award 2025 yang akan diadakan di New Zealand tahun hadapan.

“Pengiktirafan ini membuktikan komitmen MPHTJ dalam usaha kelestarian dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Sapiah berkata program Duta Hijau adalah langkah proaktif yang bukan sahaja memupuk semangat cintakan alam, malah menggalakkan penglibatan aktif komuniti dalam memelihara alam sekitar.

“Kejayaan ini membuktikan bahawa usaha bersama mampu menghasilkan impak besar dalam membentuk masa hadapan yang lebih hijau dan mampan.

“Kejayaan ini pastinya menjadi pemangkin kepada inisiatif-inisiatif lebih besar pada masa hadapan.

“Saya percaya usaha ini hanyalah permulaan kepada pencapaian yang lebih gemilang di masa hadapan dan bersama untuk melangkah ke arah dunia yang lebih lestari,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

38
Kongsi :
Previous post KES HILANG MYKAD LEBIH TIGA KALI DI MELAKA MENINGKAT
Next post MBMB PERUNTUK HAMPIR RM10 JUTA UNTUK ATASI BANJIR KILAT
Ubah saiz-+=